CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 14 April 2010

Mak....

Aku rasa nak menangis. Tapi aku tahan. Sebab kalau akumula menangis,susah untuk aku berhenti.Aku boleh lawan perasaan ni.Ya,huda kuat.Aku bukan lemah. Aku perlu kuat demi Mak.Aku tak suka bila Mak jatuh sakit. Bukan sebab aku tak nak jaga Mak.Tak terlintas dalam benak fikiran aku Mak akan menyusahkan aku.Tapi setiap kali Mak jatuh sakit, bayangan kehilangan Mak menghantui fikiran aku. Teringat peristiwa sewaktu Mak Ngah dijemput menghadap Ilahi, aku turut menangis. Bukan kerana aku rapat dengan arwah, tapi sebab aku sayu bila mengenangkan sepupu-sepupu aku yang kehilangan ibu mereka.Aku takut kehilangan Mak.Aku tak rela.Tak sedia.Menghadapi dunia tanpa Mak di sisi.Biar hilang harta mahupun nyawa aku sendiri, aku rela. Tapi bukan Mak.Tolong hambaMu Ya Allah.Mak segala-segalanya bagi aku. Walau banyak perbezaan pendapat dan perangai.Biar berapa banyak kali aku rasa Mak tak memahami aku. Aku sayang Mak. Teramat sangat.Lebih dari diri aku sendiri.Mungkin aku silap sebab jarang ucapkan kepada Mak bahawa aku sayangkan Mak. Tapi aku cuba sedaya upaya menzahirkan apa yang aku rasa melalui perbuatan aku. Aku harap Mak faham maksud aku.Aku memang degil.Keras hati,keras kepala.Suka melawan.Tapi Mak tetap sayang aku.Mak tak pernah marah-marah dan ungkit segala pengorbanan yang Mak dah lakukan demi membesarkan aku. Aku tahu Mak hampa. Mak kecewa. Bila aku mengambil keputusan untuk bekerja dari meneruskan pengajian. Tapi aku tak pernah kata yang aku takkan belajar lagi. Aku hanya perlukan masa untuk memikirkan masa depan aku dan memilih jalan hidup aku sendiri. Ampun kan No, Mak.Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa Mak.Gelap. Tanpa sinar. Kalau bangun tidur, tak nampak muka Mak pun aku dah gelabah, apatah lagi bila Mak tiada untuk selamanya.Tak boleh.Biarlah aku kena leter dengan Mak hari-hari. Asalkan Mak ada."Mak,No sayang Mak.Sayang Mak sangat-sangat.Jangan tinggalkan No. Tolong ya Mak. No janji takkan degil lagi.No akan kemas bilik hari-hari.Ya Mak, ya.Pipi aku terasa basah. Aku tak dapat lagi menahan air mata aku. Begitu deras ia mengalir membasahi pipi. Tanpa aku sedar, Yong dan Angah berdiri di belakang aku. Sejak bila. Aku pun tak pasti. "Dahla tu, No. Mak demam je. Baru lepas makan ubat.Biar Mak tidur.Jangan kacau Mak." Lega hati aku.Aku kesat air mata aku dan beredar dari bilik Mak.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails