CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 14 April 2010

sorry..aku emosi..

Semalam aku sangat sibuk. Banyak kerja nak kena siapkan. Tiba-tiba En.Ameer telefon suruh buat surat untuk ke Parlimen. Aku dah lama siapkan pun. Dia mintak tolong Faks kan ke Pejabat Menteri tuuuttt...Alamak,mesin faks rosak la. Benda ni penting.Jadi aku terpaksa pergi kedai buku nak faks kan surat tu. Tapi kena tunggu En.Shahrin bagi no.faks pejabat tu. takut nombor yang ada di laman web tak sama. Pukul 1.45 petang. Aku lapar. Ingat nak tunggu En.Shahrin bagi nombor tu baru aku pergi makan. Malas nak keluar banyak kali. Tapi aku keluar jugak pergi beli nasi bungkus. Makan dalam ofis.Errkk..Alhamdulillah,kenyang.Krringgg..(lebih kurang macam tu la bunyinya) En.Shahrin telefon. Selesai dia bagi nombor telefon tu, aku pun siap sedia nak pergi faks kan surat tu. Alamak,langit dah gelap. Guruh pun dah berbunyi ni. Aku terpaksa naik atas balik. Ambil payung. Basah kuyup pulak aku nanti.Adoi..penat betul naik turun tangga ni. Walaupun bagus juga,aku bersenam dengan tak sengaja hari ni..hahaha..sepanjang aku berjalan tu, kilat pun dah sabung menyabung..Ya Allah..Aku dah lah ngeri dengan kilat. Tapi aku teruskan perjalanan. Selesai faks kan surat, aku kena telefon ofis tu,pastikan yang mereka dapat surat yang aku faks kan tadi.Telefon kat ofis ni tiba-tiba pulak tak boleh pakai,hai apalah nasib aku hari ni.Kredit aku ada lah dalam 4 ringgit lagi.Sayang betul nak guna. Berjimat.Tapi dah terpaksa.Aku telefon, lama betul kerani tu hold. Ni yang menyirap ni. Hari ni dah la ku kena balik sendiri, kalau apa-apa hal jadi kat tengah jalan, kredit habis..nak telefon macam mana?? Sempat lagi aku berfikir kemungkinan tu.Akhirnya, kerani tu balas panggilan aku. mereka dah terima surat tu. Aku lega. Tapi bengang. Kredit aku tinggal 83 sen!!geramnya....tapi takpe, aku sabar lagi..dah pukul 5.30..someone tu tak mesej pun. tak telefon.Aku mesej. Tak balas.Apa masalah dia ni? Pagi tadi ok je..8.30 malam...telefon aku masih tak berbunyi..Tak ada mesej masuk.. Tertidur kot. Penat agaknya.Tapi aku masih tak puas hati.Aku telefon lagi.Tak dapat. OFF HANDPHONE????!!!!! WHY???!!!! Segala macam benda aku fikir.someoneni..kenapa matikan telefon tu?? dari petang tadi pulak tu..Takkan mesyuarat lama sangat kot.Something happen ke?? Atau dia sengaja matikan telefon tu sebab aku ni mengacau dia?? Why oh Why...Aku pun bengang. Dah la aku tension kat ofis, nak lepas tension pun tak ada siapa nak dengar.Sampai hati someonebuat aku macam ni.Aku tidur dalam kebengangan malam tadi. Pagi ni, tiba-tiba aku dapat mesej.someone la tu. Rupa-rupanya telefon dia rosak,terjatuh semalam. Patut la aku telefon tak dapat. Beria-ia meminta maaf.Ok,ok..takpe la..

1 ulasan:

Anne. berkata...

xpe syg maafkan :P hahahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails