CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 31 Mei 2010

Aku Rindu la...

Maaf la..aku tak jaga kau dengan baik..
bukan apa..pada aku..kau belum boleh ganti tempat dia..
aku dengan dia pun tak lama..setahun je..salah aku juga..tak jaga..
bila dia dah tak ada, aku rasa lain..dia istimewa la juga..
kau..aku jadikan pengganti tapi..
aku masih tak puas hati..
memang kau dan dia sama bangsa..
tapi lain citarasa..
mungkin aku yang salah..
sebab aku harapkan kau sama dengan dia..
maafkan aku ya..
kita bersama baru 3 bulan..
tapi kau dah banyak bantu aku..
berjasa pada aku..
aku rindu la kat kau..
aku yang salah selalu tinggalkan kau..
tak pedulikan kau..kan..
aku pentingkan diri sendiri..
tapi..bila aku sedar yang aku kehilangan kau,
aku rasa..
macam..macam..semuanya tak kena..
kau selalu jadi teman..
bila aku bosan, bila aku marah,bila aku sedih..
tapi..bila kau tak ada..
hmmm.....
takkan aku perlu cari pengganti kau??
tak semudah itu..aku tahu aku akan bertemu dengan kau semula..
aku tanya Adi..dia kata dia tak nampak kau..
ya, kau selalu dengan aku..kenapa mesti tanya Adi di mana kau berada..
Aku tanya Angah..mungkin kau ada di rumah nya barangkali..
Hampa..
itulah perasaan aku bila dengar jawapan dari Angah.
kau tiada di situ.
Aku penat.letih.mencari dan terus mencari.
keletihan membuatkan aku terlena seketika. bila aku terjaga,aku harapkan kau ada di sisi aku,tapi tidak. aku harapkan kehilangan kau hanya satu mimpi,tapi aku silap.
REALITI.
bukan mudah untuk aku terima hakikat ini.
Aku masih mencari.
Sampai masa aku putus asa. Mungkin aku perlu redha.
terima hakikat ini.
tiba-tiba..ada panggilan untuk aku tadi di pejabat..
dari Angah..katanya," No, handphone kau ada kat Angah.Jumpa dalam kereta tadi.."
Alhamdulillah..kau masih ada..

P/S : memang susah hidup kalau handphone hilang..=)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails