Jumaat, 21 Mei 2010
Bertugas Hidup Berjasa....
itulah motto yang dipegang oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur selama dua tahun menimba ilmu di situ dan ada juga yang masih berpegang kuat pada motto itu dalam menempuh hidup sebagai orang dewasa. Ya, aku bekas pelajar SMTKL atau TIKL batch 2006/2007. Biarpun aku bukan pelajar yang peramah, atau periang macam masa aku kat SEMEKAR,walaupun aku lagi banyak menangis daripada ketawa ketika belajar dan tinggal di sini, sekolah inilah yang pada aku, banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar. Mengajar aku mengenal siapa kawan, siapa lawan dan kini aku tahu bukan mudah nak tegakkan kebenaran dan untuk jadi yang tehebat, perlu ada pengaruh..Ah, cerita lama.. Lupakan jelah Huda.. hmm..bukan mudah sebenarnya nak forgive and forget. Aku bukan pemaaf. Terus terang aku katakan. Bila melibatkan harga diri dan maruah, aku tak boleh nak terus maaf dan lupakan semua tu..Aku cuba, tapi bila parut itu sentiasa ada, aku akan tetap ingat betapa sakit luka tu. Mungkin aku perlu cuba Bio-Oil untuk hilangkan parut tu..=p
Kat sini jugak aku dapat kenal orang-orang yang sedikit sebanyak memberi kesan dan pengaruh terhadap hidup aku.
1) Farah Zainur bt Nor Haslan= Kawan aku yang pertama pada hari pertama aku sekolah kat SMTKL. Walapun aku pakai sneakers masa tu,( kasut sekolah=kasut kult warna hitam,aku lupa bawak) dia tak gelak pun, dan dia lah tempat rujukan aku setiap kali aku nak buat sesuatu. aku selalu je jerit Farah Ixora bila nak panggil dia..=)
2) Nur Aisyah bt Shahirudin= KD atau Ketua Dorm aku masa form 5 kat Dorm Dahlia dulu. Dia ni dahla genius, kelakar dan tersangat la baik. Seriously. Selalu ajar aku Kimia, selalunya kau faham apa yang dia ajar, lepas tu LUPA!!huhu..Sangat supportive dan faham situasi orang lain.
3) Kawan-kawan kelas,kawan-kawan dorm,kawan-kawan asrama, memang sangat BEST!!! Aku lagi suka duduk kat asrama tu..tak suka sangat nak gi kelas..hahahahahaha=D
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan