CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 6 Mei 2010

huda...no..huda..no..huda..no...( over and over again..)

Bukan senang rupanya nak jadi Noor Hidayatul Huda ni. Aku ingatkan senang. Yela, minah ni kan kerja dia makan, tidur je..kerja kat pejabat pun bukan banyak sangat. Hari-hari dia boleh je online Facebook, update blog dia..dia ni pun tak la lawa, jadi senang la..tak payah kena layan surat peminat atau stalker. Tak la popular pun, orang tak kenal pun dia ni. Muka sombong, biasalah. Tapi penat gila jadi Noor Hidayatul Huda ni. Pagi-pagi dah terpacul kat pejabat. Masuk pukul 9 tapi 7.30 dah duduk depan pc. Tu la, pemalas..nak jugak tumpang abang dia, Adi tu pergi kerja. Tak nak naik bas. Dah tu, online jela. Tapi, bila En. Ameer, merangkap orang atasan dia dah masuk, banyak kerja dia kena buat. Minit mesyuarat itu la, ini la, fotostat berpuluh-puluh set salinan lagi.. buat khidmat masyarakat pun dia jugak. Sekarang ni, kena belajar multimedia pulak. Yela, senang sikit kalau dia ni dah pandai buat kerja tu, save bajet.. Tapi, tak apa. Gaji dia ni dah naik sikit. Alhamdulillah la. Dia ni kan mata duitan. Pantang ada duit, semua benda nak beli. Semua orang dia nak belanja. Balik rumah, kena jugak teman Mak dia. Kalau balik, lepas makan terus tidur..muncung la Mak dia.. yela, Mak dia tak ada teman nak berborak, jadi dalam sejam dua berborak dengan Mak dia, tengok tv apa salahnya kan..tiba-tiba kakak dia, Angah balik..dalam pukul 10 lebih baru sampai kot..sebab abang ipar dia habis kerja pukul 9 malam..ok la, dia tunggu..teman kakak dia pulak, kadang-kadang masak kacang panjang tumis belacan,kata mereka,ni resipi pembunuh..pedas sangat sampai boleh menangis..tapi, memang sedap..dalam pukul 12 lebih, Angah balik la..lepas tu dia pun tidur..tapi selalunya dah tak dapat tidur, sebab terlebih waktu..dia pun baca buku, berangan..tu je la kerja dia ni..memang la nampak tak susah hidup dia ni, senang hati sebab ada Mak yang best dan kakak yang kelakar, kalau dia dengan kakak dia, gelak tak habis-habis mereka ni..tapi, Noor Hidayatul Huda ni tak ada masa untuk diri dia sendiri..last jejak kaki ke klinik pun bulan lepas,itupun sebab tak tahan demam..kalau tak, jangan mimpi la nak tengok dia pergi ke klinik..kalau orang sakit, pandai mulut dia nak membebel suruh jumpa doktor..jangan sampai melarat..tapi, dia sendiri pun takut ke klinik...
P/S : jaga la diri kau tu..kata nak jelajah keliling dunia, nak cuba bungee jumping, sky diving, kayaking..kalau sakit, macam mana nak buat semua tu???

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails