CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 8 Jun 2010

Cinnamon Roll

Malam tadi aku tengok Chef at Home. Dia buat Cinnamon Roll. Macam senang je. Yela, rumah dia ada bahan-bahan yang lengkap. Memang la senang. Rumah dia pun cantik. Dapur dia tak besar, tapi tak kecik sangat. Just nice. Seronok je tengok dia buat Cinnamon Roll tu, dia selalu ingatkan guna yis lagi bagus daripada guna baking powder untuk buat doh,walaupun kena banyak sabar sebab nak tunggu doh tu naik sebanyak dua kali, tapi rasa dia memang lagi sedap dari guna baking powder. Sambil-sambil tu dia cerita pasal anak dia Gabe yang baru je 6 tahun tapi dah pandai nak rasa makanan yang sedap dan lain daripada lain. Yela, dah bapak dia Chef, memang la dia pun ada taste yang tinggi dalam pemilihan makanan kan. Huh,sampai aku termimpi-mimpi makan Cinnamon Roll..hahaha.. Dah lama jugak tak bake something. Haritu hang out dengan Ain, Syaza and Syiro, Ain bawak kek yang dia bake. Sedap. Seriously. Tapi teringat pulak kat Bluberry Cheese Cake yang mak Ain pernah bake masa birthday dia years ago. Lagi sedap kot. Hahahaha. I'm not really a cake lover, tapi kalau dapat kek yang sedap memang makan la..hahaha..macam chocolate cake yang Angah selalu beli kat PJ Hilton,memang sedap..ermm..terliur pulak..hahaha..makan petang-petang masa hujan sambil minum kopi..hmmm...yum..yum..huhu..Aku tak suka makan kek, tapi suka buat kek. Masa raya la kot yang selalu Mak marah sebab rumah dah kemas, aku sibuk-sibuk nak buat kek.haha. Yela, tak seronok la kat dapur ramai-ramai. Rimas aku. Aku suka masak sorang-sorang sambil dengar muzik. Ah..the joy..sebab kalau nak masak, mana boleh rushing..masakan tu kan kena dari hati..cewah..hahaha..macam sajak,puisi kan..kena ada mood,perasaan baru la sedap..Memasak is actually my first love. Masa 10 tahun, aku suka tengok rancangan masakan then nak cuba la. Tapi Mak tak bagi. Aku kan degil, so bila Mak pergi mesyuarat persatuan tu, aku pun sneak into the kitchen and tengok apa yang ada dalam fridge,and seingat aku..my first dish, nasi goreng kot..ala,senang je kan..tapi yela, pertama kali..kalut la sikit..haha..bila dah siap, excited je nak rasa..bila suap je dalam mulut..errkk! masin!! hahaha..ingat nak buang je, tapi tiba-tiba Adi ada, dia kata ok la..boleh dimakan..gila apa dia ni..haha..habis dia makan..macam tikus makmal aku pulak dia ni..huhu..lepas masak, penat..terus masuk bilik,tertidur pulak..tiba-tiba dengar suara, "Hidayah......!!!!! Turun cepat!!" Alamak..Mak dah balik..dapur bersepah,tak kemas..Mak marah la tu..Bila Mak dah panggil aku Hidayah, hmm...sah la tu..apa lagi cepat-cepat la turun dan terus ke dapur....

P/S : nasib baik Yong suggest nama Huda, kalau tak Mak nak letak nama Noor Hidayah..tak special la kan..huhu =)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails