Hari ni aku bangun pagi (memang la..takkan malam kot..haha). Kena la awal sikit, kan best employee..dah nak sampai office, teringat pulak kunci office tertinggal dalam beg lagi satu..adoi!! apa la nak jadi dengan aku ni..eish, nak call abang edi mintak tolong bawak kunci,teringat pulak aku dia pergi kursus kat Pangkor! Adi pulak dah pindah ke rumah Alang..terpaksa la aku naik cab patah balik..huhu..penat gila..tapi kelakar jugak bila fikir balik..hahaha..aku memang suka gelakkan diri aku sendiri..lepas breakfast, buat kerja sikit..aku tak tau nak buat apa sebenarnya..hari ni aku sorang-sorang kot dalam office ni..ok gak..hahaha..tadi, datang la pakcik ni..nak hantar borang permohonan bantuan kebajikan..aku tengok la borang tu sebab En.Ameer kata kalau tak layak, tak payah submit borang dia..ok la, ikut gaji layak la kan..hmm..cuma aku macam ntah la..menyampah kot..(sejujurnya) kat golongan yang tak berkemampuan tapi keluarga besar (anak ramai la)..muda-muda dah ada 6 anak??!!! aku bukan la anti marriage ke whatsoever..tapi aku rasa golongan ni tak realistik la.. Kalau kuantiti je yang banyak, kualiti tak ada..susah la kan..budak-budak zaman sekarang ni pun..bukan senang nak didik..sebab zaman dah berubah..tapi mentaliti masyarakat masih di takuk yang lama..huh!! tak tau la nak cakap apa lagi..
P/S : cakap pasal budak-budak, teringat pulak kat anak buah aku..=P
Khamis, 3 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan