CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 11 Jun 2010

WEDDING

Semalam, Mak tanya aku.."No, minggu ni Mak dapat 5 jemputan kenduri kahwin. Jomla ikut Mak. Kau duduk rumah, tidur je.." Aku jawablah, "Mak..dah 20 tahun Mak kenal No kan. Takkan la Mak tak tahu No tak suka la pergi majlis kenduri kahwin. Rimas." "hishh..Pelik betul la kau ni. Duduk jela dalam hutan kalau tak nak jumpa orang." balas Mak. Adoi..Mak..Mak..semua benda yang aku tak suka, tu la yang dia suka. haha. Aku memang tak suka majlis kenduri kahwin. pada aku, terlalu OVERRATED. Zaman sekarang pun, orang suka nak buat wedding besar-besaran,tapi guna duit pinjaman bank!! urgh!! tak sweet la wedding tu, sebab macam mana grand pun wedding tu, the bride and groom resah..bukan apa, pening kepala nak bayar hutang lepas kahwin. Rumah sendiri pun belum tentu ada. Dan yang paling tak best, bila tetamu lupa siapa Raja Sehari sebenarnya. Saudara mara sibuk nak melawa (perempuan la), hidangan makanan yang jadi keutamaan,belum lagi yang hanya tunggu saat berkaraoke dan joget lambak. Pengantin?? Jadi hiasan je. Padahal itulah hari bersejarah mereka. Lepas tu, yang datang tu..ada juga yang kita langsung tak kenal..hahaha..Sebab tu la aku tak gemar sangat pergi majlis kenduri kahwin. Mak aku kata, dah itu adat orang Melayu. hmmm... apa-apa jelah.. Pada aku, wedding should be simple yet intimate. Hanya keluarga rapat je yang terlibat. Sebab perkahwinan bukan hanya melibatkan dua orang je, tapi keluarga dua belah pihak. Family kan For Ever. Bila suasana tu aman, barulah kita boleh nampak muka pengantin tu berseri-seri and wedding tu pun nampak sweet je. huhu. Aku tahu sebab aku rasa macam tu masa hari pernikahan Angah. Walaupun aku la orang yang paling sibuk (pengapit dan personal assistant Angah..haha). Angah ambil keputusan tak nak adakan majlis besar-besaran. Sebab dia kata lebih baik dia gunakan duit tu utuk belanja lepas kahwin. Aku sangat setuju. Mak mula-mula tak setuju, tapi redha je. Angah yang kahwin kan.haha. Malam sebelum tu, aku dan Angah buat hantaran sendiri (memang suka buat last minute), Mak sibuk layan saudara-mara dengan Yong. Pagi tu, disaster happened!! Mak Andam tu tak jadi pulak datang. Aku panik la jugak. Nasib baik Abang Eddy pergi cari kat Bandar Rawang, dapatlah cari kedai andaman. Dalam pukul 11, aku dan Angah pergi la ke kedai tu. So. start make-up. Lama la jugak. haha. Itupun Angah nak suruh orang tu make-up aku sekali..what the???!! hahahahaha..dia memang macam tu. Anyway, lepas tu, kami bertolak ke Masjid Kampung Batu 16 (kat sini jugak Yong diijabkabulkan dan kadi yang sama). Ramai jugak saudara mara terdekat yang hadir. Bila selesai nikah, Angah pun bersalam la dengan saudara mara. Bila Angah datang kat aku, dan kami bersalaman, aku tak boleh tahan air mata aku. Aku menangis. Gembira sebab Angah dah kahwin. Dia berterima kasih la kat aku sebab tolong dia, ala..sisters kan..that's the least I can do. Aku banyak menyusahkan dia. huhu. Aku rasa itulah wedding yang paling sweet sekali yang aku pernah attend. Sebab after 8 years Angah and Abang Eddy been engaged, Angah finally agree to settle down and tie the knot with him. They are perfect couple. Tak la lovey-dovey sangat,(which makes me gag!!), tapi boleh nampak yang they LOVE each other, compliment each other, and COMPLETES each other..awww..so sweet..huhu..aku ni jiwang la pulak..hahaha..anyway, aku harap mereka berkekalan hingga akhir hayat...

P/S : aku belum pernah terfikir pulak pasal kahwin..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails