CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 25 Ogos 2010

Ruangan Bebel

Siapa yang kenal aku, mesti tahu yang aku tak suka membebel dan orang yang banyak sangat cakap (yang tak reti-reti nak full stop). Mungkin dulu la kot aku banyak cakap sebab Mak kata masa aku kecik-kecik dulu, mulut aku macam bertih jagung. Haha. Yeke. Aku tetap tak percaya. Huhu. Anyway, since dah lama tak ber blog, aku nak membebel la kat sini. Pening kepala aku bila colleague aku yang practically tak kerja kat sini (tapi colleague?? aku pun tak faham..macam mana nak explain..)suka sangat online Youtube dengar lagu kuat-kuat..Nak dengar pun, slow la sikit..ataupun pakai jela headphone, apa lah susah sangat..Bukan tak pernah tegur, tapi kalau umur dah tua macam tu tetap tak reti nak consider perasaan orang lain..eishh..tak tahulah aku..Aku memang senyap je pun kat ofis ni sebab tak ada benda pun nak borak dengan mereka-mereka tu..mungkin la aku ni kera sumbang ke whatsoever kan, tapi asalkan aku siapkan kerja aku dah la..tak payah la nak rapat pun, sebab aku tahu perangai mereka-mereka ni macam mana..Anyhuuu..Dah nak dekat raya rupanya ea, aku pun tak sedar sebab syok puasa kot..cewah..haha..Aku tau pun sebab kawan aku ajak pergi shopping baju raya..Aku ingat awal sangat la pun kan nak beli baju raya sekarang..haha...lagipun, aku dah biasa shopping dengan Mak and my sisters kan..Hmmm..tak tahu lah bila nak pergi, Adi tu busy je keje dia.. Ok, sekarang ni cerita pasal kucing aku pulak..Buntuit ok je, cuma kalau dia lapar, dengar lah suara dia yang sedap mengalahkan Juara Akademi Fantasia tu..haha..Anak-anak dia, Tomei, Wancan, dan Habib makin comel tapi dah tak boleh duduk diam..merayau je..BulBul?? Bila cakap pasal dia je, aku jadi geram..dia ni dah lah tersangat comel, of course lah aku akan selalu nak pegang and cubit pipi dia yang tembam tu kan..Tapi sejak akhir-akhir ni, kalau nampak aku je, dia lari..Mak kata, mungkin dia merajuk sebab aku pernah cakap, kalau Buntuit ada anak, dia kena keluar pergi cari rumah lain..Ala, gurau-gurau je..Mungkin dia yang dah terlalu manja sangat kot..sikit-sikit nak touching..Sekarang ni, aku still nak pujuk dia..Jangan bagi dia terasa, kalau dia lari dari rumah, kesian aku..huhu..

P/S: Comel sangat BulBul tu...:)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails