CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 7 April 2011

Blog, Aku.......

Aku dah lama tak cakap dengan blog. Aku rasa hari ini, Khamis 7 April memang sangat menyakitkan hati dan membuatkan aku rasa macam nak menangis. Aku stress sampai nak menangis. Hari ni, kelas English tak ada. Bosan. Pukul 2 baru mula kelas. Hari ni, roomate aku buat pembentangan, so aku sebenarnya excited. Nak bagi support. Tapi, aku terlambat sikit datang kelas. Kelam kabut. Mana tak nya, aku TER tengok movie dari pukul 12 terlajak sampai zohor. Apa lagi, memang terkejar-kejar dengan masa. Tengok siapa lagi pantas, aku ke masa. Aku menang rasanya, sebab sampai kelas awal (sikit).

Sampai di kelas, Group Adib Masrom, aku tengok dah segak (saja je puji) dengan memakai kot. Mereka buat forum. Sebelum mula, mereka mintak tolong aku tuliskan tajuk forum di whiteboard, jadi aku pun tolong lah. bukan susah sangat kan. Tapi, yang aku sangat sakit hati, ada seorang budak yang berlagak macam bapak budak, aku tahu kau kesayangan lecturer, aku tahu kau tak suka aku, sebab aku pun menyampah la tengok muka kau yang bajet bagus sangat sedangkan kau tu bagaikan tin kosong. bising. tapi, kosong! Dia, yang dilantik membaca doa macam tak sabar-sabar sangat nak baca doa, Hellooooo!! Aku tahu, kau memang dilihat sempurna di mata lecturer tapi aku ada kat depan tu, sorang-sorang! Kau tak boleh sabar ke aku duduk kat tempat aku baru kau nak mula baca doa??!! Mungkin pada kau, benda ni kecil. Tapi, pada aku, macam nak tampar je muka kau (walaupun aku tak ingin pun letak tangan aku kat muka kau).

Aku tahu, kau dipandang mulia sebab kau belajar agama. Bukan macam aku. Belajar Komunikasi. Tapi, kau ingat bila kau buat macam tu, melambangkan ke identiti kau sebagai pelajar subjek agama. Aku tak hormat kau sebagai diri kau, tapi hari ni aku langsung hilang hormat pada kau sebagai seorang manusia.

Blog, mungkin bila orang dengar, atau baca post ni akan rasa "ala Huda.. hal kecil je..kau ni over la..." Buat orang-orang tu, tolong lupakan yang aku pernah wujud dalam hidup korang. Aku puya PERASAAN. Aku tak faham, kenapa orang-orang yang bersalah, orang-orang yang tidak selayaknya selalu dapat apa yang mereka nak. Aku? Aku tak nak glamor. Tak mintak jadi kesayangan atau kesukaan siapa-siapa, aku cuma nak apa yang patut aku dapat. Aku nakkan ganjaran yang setimpal dengan kerja yang aku lakukan. Perlu ke ada bias???

TERIMA KASIH MISS RINI KERANA SELALU ADIL. :)

2 ulasan:

Anne. berkata...

ape yang ada pada dia? itu mungkin hanya satu konspirasi. tetapi setelah mengetahui berita tersebut, hancur! seperti kaca kaca yang bertaburan! sape nak tolong kutip? sape? sape?

ape-ape pun, kita lihat je. sejauhmana die boleh pergi. kecewa okay! =.=

miss zee berkata...

sentiasa jadikan ini pegangan:

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........." al-baqarah (216)

semoga hati lebih tenang dan tak marah-marah lagi. kata nak nampak muda kannnn... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails