CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 28 Mei 2011

Kepergian Sahabat Yang tiada Pengganti....

Dah lama aku tak update blog ni. Aku selalu kata, aku takkan menulis jika tiada "rasa". Tapi kali ni, disebabkan "rasa" yang mendalam, aku tak dapat nak menulis. Post ni mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. "rasa" kehilangan.

23 Mei. Hari jadi Yong. Aku tak pernah lupa tarikh ni. Tapi, tahun ni ada satu lagi peristiwa yang membuatkan tarikh ini sentiasa di ingatan aku. Perginya seorang sahabat yang sangat istimewa. Bakri Ibni bin Yahaya, pulang ke rahmatullah. Tahu tak, aku tak pernah ada kawan macam Bakri. Baq, kau pergi terlalu awal Baq. Kau muda dari aku. Aku cuba kawal perasaan aku, tak nak sedih. Tapi tadi, aku nampak motorsikal macam motor kau Baq. Tak sangka, aku menangis. Aku rindukan kau, Bakri. Selalunya, kalau ada cerita menarik je aku mesti mesej kau. Tapi sekarang, kau tak ada. Aku kenal tak sampai setahun Baq, tapi aku rasa macam dah berpuluh tahun kawan dengan kau. Kau ni cepat mesra dengan orang walaupun dengan orang yang bukan peramah macam aku. Aku yang kuat marah ni pun tak boleh nak marah lama-lama dengan kau, Baq. Kau baik, suka tolong orang. Nak tahu, Mak aku pun sedih atas pemergian kau Baq. Lepas ni, tak ada siapa nak debat dengan aku pasal isu kahwin di usia muda. Aku baru dapat satu lagi hujah,tapi semua tu dah tak bermakna kalau kau tak ada. Kau dah tak ada. Hakikat tu susah untuk aku terima, Baq. Aku tak sempat nak beritahu kau betapa aku hargai panggilan telefon kau pada hari jadi aku. Walaupun kat kelas kau macam bad mood, sampai aku pun bad mood. Kelas takkan ceria tanpa kau. Nanti, bila aku dengan Anne lapar, tak ada siapa yang aku boleh mesej, "Baq, boleh tolong tak? Lapar..:( ".

Baq, terima kasih atas segala kenangan, gurauan dan aku tahu kau tak mahu kami meratapi kehilangan kau dengan tangisan. Aku bersyukur kerana diberi peluang mengenali kau. Terima kasih atas persahabatan ini, Baq. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku walaupun aku selalu membebel dekat kau, mengusik kau, dan tak kurang juga selalu marah kau. Kau sentiasa dalam ingatan, dan aku akan sentiasa mendoakan kau, Baq. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.


Allahyarham Bakri Ibni bin Yahaya
8 Januari 1991-23 Mei 2011
Al Fatihah to the greatest friend I've ever known
I'll miss you Baq

P/S : Susah bagi aku melakar senyuman setelah menghadapi kehilangan, maaf jika aku tak macam aku yang biasa...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails