pemalas giler aku sem ni. CEH!!
Assalamualaikum.
Dah berzaman tak update blog. Jujur, semester ni memang "lain" rasanya. Rumah lain, parcel lain, tingkat lain, no bilik je nyaris lain. Tapi aku sempat tukar balik. hehe. Ha, loker dan katil pun lain. Dah bertukar. Bila masuk kelas, memang rasa "lain". Baq dah tak ada. Oh, subjek pun lain, jadi lecturer pun dah bertukar la sikit. Ok, semester tiga aka TERAKHIR ASASI ni aku ambik enam subjek :
- FLEA 3112 - English For Arts and Literature.
- FIKF 3102 - Fiqh Islami II.
- FIKQ 3103 - Pengantar Ulum Al-Quran.
- FLKC 3103 - Communication Technology.
- FAIP 3002 - Psikologi Islam.
- MPW 1313 - Bahasa Kebangsaan.
FLEA 3112 - English for Arts and Literature.
ok, bila cerita pasal "literature" ni, memang semua orang boleh agak yang subjek ni susah. Yela kan, english biasa-biasa pun terkebil-kebil nak faham, apatah lagi menafsirkan sajak atau bahan sastera yang banyak ayat tersirat. Tak ke berselirat wayar-wayar otak? Eh, tapi jangan risau, lecturer subjek ni, iaitu Miss Aina yang awesome, selalu membantu. huhu. Dia ni memang sweet, kalau marah pun nampak macam tak marah, tapi aku faham la yang Miss memang marah. Anyway, she's a great help, tapi kena baca and buat apa yang disuruh la kan, baru la Miss tak bengang. Aku ni pun kadang-kadang bila datang vitamin MALAS, susah nak patuh. huhu. Anyway, assignment subjek ni ada dua. First, pilih satu penyajak Sufi ( memang banyak effort la nak buat ), cari latar belakang, tiga hingga empat sajak dan analisis maksud sajak, serta bentangkan di kelas. MEMANG MENCABAR! Secondly, assignment video. Cari cerita rakyat atau hikayat atau dongeng Melayu, Inggeriskan dan submit.
*aku nak dapat A untuk subjek ni! InsyaAllah*
FIKF 3102 - Fiqh Islami II
Semester lepas belajar Fiqh Islami I, berkaitan Thaharah, Solat, Zakat dan sebagainya. Semester ni belajar MUNAKAHAT dan Jinayat. Kenapa aku CAPS LOCK kan perkataan munakahat tu? Sebab pada mulanya aku rasa macam, "alaaaa... bosan gile belajar bab nikah ni..aku tak terfikir langsung nak kahwin (dalam tempoh 4 tahun terdekat ni) ". Tapi, disebabkan Ustaz Nushi yang best, awesome and cool ajar, memang best la. Agak membuka mata jugak sebab bak kata ustaz, kadang-kadang bila belajar mengikut hafalan, teori dan buku yang begitu ideal memang nampak mudah. Tapi kenyataannya, banyak situasi tak kisah la nikah atau cerai berlaku tidak begitu realitinya. Jadi, kena faham betul-betul. Oh terlupa. Subjek ustaz je yang aku tak dapat A sem lepas. Kali ni, aku nak redeem!
* aku nak dapat A untuk subjek ni! InsyaAllah *
FIKQ 3103 - Pengantar Ulum Al Quran
Eish2. Tak sangka aku belajar Ulum Al Quran. Macam budak AI. Bukan apa, rasa macam tak mampu pulak bila dengar nama subjek ini. Siapalah aku. huhu. Anyway, subjek ni diajar oleh lecturer baru yang sebelum ni mengajar di Darul Quran, Ustaz Wan Fakhrul Razi. At first, tak tahu nak expect apa dari ustaz, sebab tak kenal. Tapi, ustaz ni memang best especially bila dia mengaji. Sedap suara dia. Kan best kalau aku pun pandai mengaji macam tu. Ishk! Tapi, assignment aku dapat topik susah. Tentang Ilmu Nasikh Mansukh. oi, tak ada dalam buku pulak....... terpaksa la mencari bahan lain, dan Alhamdulillah siap. Eh, lupa nak cerita, subjek ni aku study tentang ilmu-ilmu dalam Al Quran dan berkaitan dengan Al Quran.
* aku nak dapat A untuk subjek ni! InsyaAllah *
FLKC 3103 - Communication Technology
Oh. k. Subjek ni aku susah sikit nak faham, sebab aku bukan minat dengan teknologi, jujurnya subjek ni bosan sikit, *sori Puan* tapi ok la sebab Puan Tini ajar, dah dua sem ajar kami. Senang la nak tanya kalau kepala pening dengan term tu kan. Anyway, bila studydalam bilik yang sejuk tu, sejuk sikit la hati aku. Boleh menggigil. Serious.
* aku nak dapat A untuk subjek ni! InsyaAllah *
MPW 1313 - Bahasa Kebangsaan
Subjek ni, agak sukar la. Sebab bahasa kan. Kena struggle lebih. Eleh, ye2 je aku ni. Latihan payah nar nak buat. Tak tahu la apa nak jadi. Anyway, En. Riduan lecturer subjek ni. Aku no komen bab dia ni, nak tahu, jumpa aku direct. haha! poyo je ayat. gurau je. Itu jela kot nak cerita. Ha! aku, anne dengan 4 orang lagi ada buat lakonan untuk kelas ni. tak la hebat mana (konon merendah diri) tapi ok la, aku dengan anne buat skrip. huhu.
* aku nak dapat A untuk subjek ni! InsyaAllah *
Ha, aku tak review pasal kelas Psikologi, sebab belum mula akibat beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Depa yang habaq. Tak tau betui ka tidak. haha. Mungkin start minggu ni. adoiiiii!!!!!!!!!! petang Isnin ada kelas la.......... :(
Selain tu, ada beberapa aktiviti atau tugasan yang aku kena buat. Agaknya memang ditakdirkan orang yang pemalas macam aku ni sengaja diberi amanah untuk beberapa tugasan lain supaya aku ni rajin sikit. Tapi, takut jugak mana tau tak dapat jalankan tugas dengan baik. Yang paling tak tahan, aku jadi naqibah untuk usrah kali ni. Tak adil la pilih ikut result. Kalau ye la kan. Aku mana ada banyak ilmu. Tapi tak apa la. Redha je. Dan terakhir, aku diberi amanah ganti tempat arwah Bakri Ibni dan organise dinner. Baq, aku takkan dapat ganti tempat kau. Tapi aku, Adib, Syira and Ziqa cuma teruskan usaha kau. Doakan kami berjaya memuaskan hati semua ea.
Sem ni pun aku jarang dapat pulang ke rumahku, syurgaku. Sampai termimpi-mimpi Mak banyak kali. Banyak dugaan jugak sem ni. Tapi, life without obstacles, tak thrill la kan. Macam lauk tak pedas. Tak selera la nak makan. Hari tu, aku belek buku tafsir mimpi (tanpa membelinya, tipikal!) aku saje je nak tahu maksud mimpi aku, asyik mimpi Mak je. tafsirannya, akan peroleh kejayaan dalam keadaan yang sukar. Aku bukannya percaya seratus peratus, tapi itu juga pembakar semangat aku, sebab Mak sentiasa menerima aku seadanya walaupun bagaimana pencapaian aku. No sayang Mak! (tetiba rindu..huuu~~~)
Kesimpulannya, banyak benda aku kena buat, dan kononnya nak semua subjek A kan, jadi aku sepatutnya tak payah nak update blog selalu la kan! haha. Result sem lepas buat aku takut nak menghadapi sem ni. Takut tak tercapai dek pointer! huhu. Ok la, sampai disini je cerita pasal sem ni. Paling best pun, bila balik rumah, borak dengan roomate and housemate, gelak-gelak, dan tidur! haha.. aku memang suka tidur. Tidur kan lagi bagus daripada fikir pasal orang-orang menyakitkan hati. Ah, malas nak fikir! Miss Rini selalu kata aku hati tisu, kena ego sikit. So, lantaklah korang!
1 ulasan:
lempang semua keparat2.huhu
Btw, all the best to you :D
Catat Ulasan