CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 16 Ogos 2011

Harapan Di Dalam Kegelapan.

Assalamualaikum.

Tajuk post dalam kegelapan bukanlah bermaksud aku dalam kehidupan yang gelap mahupun yang sewaktu dengannya. Harapan ni aku bina dalam kegelapan bilik aku yang dimatikan lampunya. Kesian roomate aku nak tidur. hehe. Dalam gelap-gelap malam ni aku tiba-tiba rindu gler kat Mak. Yela, dah namanya pun Mak aku. Of course la aku rindu. Sampai termimpi-mimpi. hihi. Bukan apa, lama tak call Mak sebab rasa bersalah tak balik hujung minggu. Bulan puasa la. Rasa penat gler nak balik berhimpit-himpit dalam train. Kalau ada mentoring, memang balik bilik terus tidur lah. huhu. Penat lah sem ni. Walaupun macam kurang keyakinan je boleh capai macam last sem, tapi usaha tetap diteruskan. Latihan dan pembacaan tetap digiatkan (walaupun kadang-kadang aku tertidur ataupun terus bukak laptop baca blog TheOtherKhairul dengan Rasa Hati). haha.

Anyway, bila dah borak dengan Mak sampai kredit aku habis, (walaupun tak banyak mana pun) Aku rasa lega kot. Lega sebab dapat dengar suara Mak. Tanpa Mak, siapalah aku. Kalau Mak tak bersungguh-sungguh redha dibedah (walaupun nyawa Mak menjadi cagaran) aku takkan dapat menjejakkan kaki di dunia ni. Tak dapat mengenal dunia dan manusia yang pelbagai ragam. Mungkin sebab tu kot bonding aku dengan Mak lain sikit. Walaupun adakalanya berbeza pendapat, kadang-kadang aku merajuk, kadang-kadang Mak yang merajuk, tapi aku dengan Mak tak dapat dipisahkan. haha. Macam mana aku cuba nak buat-buat berdikari, bajet boleh hidup sendiri, tapi bila sebut pasal Mak je, air mata sekali dengan air hidung pun boleh mengalir.huhu. Perh~ Syahdu pulak malam-malam macam ni.

Ceh. Lari dari topik. Harapan aku untuk final sem ASASI ni, first and foremost of course la membanggakan Parents dan Lecturer-lecturer kesayangan aku. Jangan main-main. Seriously aku sayangkan SEMUA lecturer yang dah bagi ilmu dan bersabar dengan perangai aku serta senantiasa cuba yang terbaik menjawab soalan-soalan aku. Pointer and CGPA tu memang penting, tapi kalau lecturer tak redha ilmu, susah jugak kan. Aku rasa lecturer aku macam Miss Rini, Pn Tini and Ustaz Nushi akan rindu kat aku kot. hahaha. Terperasan pulak. Secondly, hopefully dinner asasi sem ni berjalan seperti yang dirancang. Takut wey. First time dipertanggungjawab kan dengan event camni. Seram.huhu. Tapi nasib baik dibantu oleh rakan-rakan yang cool. (Adib tu nampak je macam main-main, rajin jugak.huhu. Mentang-mentang English dah gempak).

Nak masuk degree ni buat aku rasa macam disbelieve je. Woah~~~~ Tak sabar nak grad. haha. Tetibe. Bila aku dah grad, bergelar wartawan/penolong penerbit/penerbit, aku akan cuba mengubah media di Malaysia seterusnya dunia. hahaha. Tengoklah nanti. InsyaAllah. huhu. Berangan bukan main tinggi lagi. Ok la, nak tidur. Nanti malas plak bangun sahur, then tak ada tenaga nak berjalan. Weh, Rabu cuti la. haha. Seronok.


P/S : Noor Hidayatul Huda tak boleh hidup tanpa Kasma Japlus. SERIUS.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails