Assalamualaikum.
Kejadian ni dah lama. Berapa tahun entah. Masa tu aku kerja kot. Hari biasa dah penat bekerja, so weekend ajak family keluar. Kalau aku, bila sebut keluar, means kena makan kat luar la. Yang best-best. huhu. Bila, tiba-tiba ada borang dari pos laju, maksudnya ada parcel untuk aku, tapi tak ada orang kat rumah, jadi kena ambik dekat sana. Perh. Siapa pulak yang hantar parcel ni? Setahu aku, aku tak ada masuk pertandingan apa-apa. Setakat movie tickets dari Flyfm tu adalah. Itu pun dah lama. Masa lepas SPM. Best, first time call radio, menang tiket movie. Hari ambik result SPM pulak.haha. Paling best, Hafiz yang announce nama aku. Oh my God, Hafiz announce nama Huda?? Oh so sweet. haha. Eh, melalut pulak. Anyway, aku ada tempoh lebih kurang dua minggu untuk ambik barang tu. Aku pun kata, "ala dua minggu...lambat lagi...."
Sebelum dua minggu itu berlalu, aku melalui hari-hari aku macam biasa. Pergi kerja, busy..Makan, tidur and so on..Hari-hari Mak tanya, bila nak pergi ambik barang tu..mana tau penting ke..jawapan aku, "ala nanti-nanti la..No busy la..mana ada masa.." Sampailah suatu hari, masa aku nak pergi ambik barang tu, aku terlupa rupanya tempoh dua minggu tu dah berlalu. Perh. Dah seminggu dah barang tu dihantar balik. Sampai sekarang aku tak tahu barang apa, dan siapa yang mengirimnya....Terganggu jugak fikiran bila cuba memikirkan kemungkinan yang berlaku jika aku ambik barang tu pada masanya.
Terfikir jugak. Barang apa ea tu..Owh, mungkin novel kesayangan aku yang dipinjam kawan sekelas pada tingkatan lima tapi tak pernah dipulangkan?? Wey, sayang giler kat novel tu.. Hadiah PMR tu..huhuhu..Novel P.S I Love You by Cecelia Ahern...Perh, jiwang jugak aku. Eh, sori sikit. Aku tak jiwang. Aku romantik. Hahahaha. Oh, lama dah tak baca novel tu. So sweet kalau ada lelaki macam Gerry. Entahla, aku selalu rasa sweet kalau lelaki yang baik end up mati. Contohnya macam dalam novel ni. Gerry mati tapi tinggalkan notes buat Holly supaya dia dapat kekuatan untuk teruskan kehidupan. Oh, so sweet bila Gerry tengah sakit dia pergi kat travelling agency book percutian untuk Holly. Gila lah. Cerita novel sungguh. Mana nak dapat lelaki baik sangat macam ni?? Dalam novel jela kot. Tapi kan, movie P.S I Love You macam tak sweet. Aku tak tengok habis pun. Setakat 20 minit aku dah give up. Dalam imaginasi aku, Holly tu macam muka Cecelia herself. Comel je...Gerry pulak tak pernah terlintas Gerrard Butler. Muka lelaki British macam Ioan Gruffudd pun ok. Memang boleh sweep me off my feet..huhu.. Aku paling suka cerita Love in the Times of Cholera, so sweet. Sebab dia miskin, dia tak dapat kahwin dengan perempuan yang dia suka. tapi berpuluh tahun selepas tu, pada hari pengkebumian suami perempuan tu, dia datang balik dalam hidup perempuan tu. perh. Sweet sebab pada aku, tak kisah la lambat atau cepat jodoh tu datang, tapi bila with the right person, oh..so sweet..and lagi satu, lelaki ni tak cuba pun rosakkan perkahwinan perempaun ni. Perempuan ni pun, even kena kahwin paksa, dia tak ada pun curang. tak macam cerita Melayu la..tapi yang tak sweet, ala, biasa la Latino. Nak tahu, baca sendiri. Aku tak boleh bagi pinjam, sebab nanti tak pulang balik.
* paling kelakar, aku share cerita Love in the Times of Cholera dengan this guy who I have a secret crush. perh, kebudak-budakan sungguh. Ala, cerita lama*
2 ulasan:
Ececececehhhhh teringat memori lama bersama si Dia la tu. A guy yang memang direstui oleh ur mom :D
yolahhhh tu.jangan nak ejek sangat la. crush je. mengkagumi dari jauh je..haha.
Catat Ulasan