Sabtu, 9 Ogos 2008
duniaku,mindaku,impianku
aku huda..kedengaran kasar,tapi itulah aku..kasar,tapi berkias..aku dan diriku telah hidup di atas muka bumi ALLAH ini selama 18 tahun..18..that's a big number,kan? tapi, banyak lagi yang belum aku tempuhi dan redahi selama bergelar insan ini..apatah lagi pencapaian yang telah aku kecapi..aku belum punya segulung ijazah,aku belum pernah digelar "pelajar cemerlang" dan aku tak pernah menjadi kebanggaan rakan-rakan,guru-guru mahupun keluarga...tetapi aku tetap aku..yang menerima diriku dan orang yang aku sayangi seadanya..aku hidup di dalam dunia yang mementingkan kesempurnaan,mengejar wang dan kekayaan,mewajibkan kecantikan,dan memulaukan peranan hati dan perasaan..aku puya dua orang saudara yang jelita dan bertuah..kerna mereka memiliki segala yang mereka puja..kecantikan,kemewahan dan kejayaan...tetapi A dan B adalah dua insan yang berbeza walau nasib mereka sama..A, penuh dengan ciri kewanitaan,lemah lembut dan dulunya menjadi pujaan dan idaman jejaka..punya suami yang berharta dan berpendidikan dan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka..malangnya,A hanya mementingkan luaran,dan persaudaraan padanya hanya akan lebih kukuh jika ada 3 elemen kekuatan di dunia...harta,rupa dan kuasa..B pula,walau kasar perwatakannya,masih mengagungkan tali persaudaraan dan menghargai persahabatan..mereka telah membuka mata aku bahawa luaran tidak mencerminkan keperibadian..yang cantik tak semesti suci dan yang jelik tak semesti keji...aku masih dahagakan pengalaman,aku ingin sekali menjelajahi dunia sendirian..dan belajar melalui pengalaman kerana aku percaya life is a journey of experience...mindaku selalu tertanya apakah episod hidupku selepas ini?? tapi itukan tentuan Tuhan dan takdir yang menentukan..impian...semua orang punya impian...aku pernah punya impian yang besar,tapi kini aku sedar ia tak mudah di realisasikan..dan akhirnya aku hanya berharap aku akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...insyaallah...
Labels:
akupunyeidea
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan