CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 30 April 2010

home sweet home...


semua orang ada rumah idaman. ada yang teringin nak rumah banglo yang besar dan mewa..atau lebih gemar kondo mewah..mungkin lebih privasi..tapi aku tak ada la bercita-cita nak rumah besar dengan berpuluh-puluh bilik,atau macam rumah yang selalu ada dalam cerita seram tu..Aku lebih suka rumah sederhana, tapi lengkap segala keperluan..tapi yang paling penting,lokasi..aku nak rumah atas gunung macam dalam gambar kat atas ni..bangun pagi, buka tingkap..dapat tengok alam ciptaan Tuhan yang indah ni..hmm..tenang je hati..sambil bersarapan, minum kopi dekat luar..menikmati dan menghargai alam..seronok betul kan..mesti aku dah tak marah-marah, sebab kehijauan pokok-pokok dekat sekitar rumah tu dah menyejukkan hati aku..lepas tu, boleh baring atas rumput sambil baca buku..fuhh...what a life..aku tak kisah la tak dapat shopping atau tengok Glee every week, tapi aku dapat ketenangan macam ni hari-hari..Aku ni memang kuat berangan..hahaha..kat mana la dalam Malaysia ni yang aku boleh bina rumah idaman aku tu?? Kalau ada pun, mesti jadi rebutan produser filem, nak jumpa aku sewa rumah sebab nak buat cerita seram..hahahhahahaha..apa-apa pun, aku akan bekerja-keras untuk pastikan impian aku jadi kenyataan!!
P/S: aku bukan tak nak jadi orang kaya,berjawatan besar,banyak harta,berpengaruh..memang seronok..tapi aku takut nanti aku jadi hamba duit yang akan menyebabkan aku lupa daratan, ataupun lebih teruk lagi..jadi pengkhianat bangsa,agama dan negara(macam segelintir orang yang berpengaruh kat dunia ni..)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails