CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 30 April 2010

What The ????!!!@#%$%&*%$^%$*^(^!!!!

Pagi ni aku malas gila nak bangun. Macam dah melekat kat katil ni agaknya. Haa...syaitan la tu..hahaha..anyway, aku bangun jugak akhirnya, tapi seriously..mata aku ni macam tak nak bukak. Tu la...tidur lagi pukul 2 pagi..Angah balik malam tadi, so memang dah kebiasaan pun aku stay up late..talking, laughing..gossipping(ala..about tv shows je pun..)huhuhu..Tapi, bila nak bersiap nak ke ofis, aku rasa malas gila...rasa macam nak mc je, tapi, aku banyak lagi kerja yang tak selesai ni..eish..kalau tak pergi, bertambah-tambah la kerja aku tu..bila musim meeting dah tiba, aku dah tak cukup tangan nak siapkan..So, ok..apa benda yang buat aku bengang sangat sampai tulis tajuk entri macam tu?? Hmmm...Aku dah lambat, tapi Adi ni..tak bangun-bangun lagi..siapa suruh kau main futsal sampai pukul 4 pagi??!!! Dia boleh buat muka selenga je bila aku kejutkan dia..Aku ni memang dari lahir lagi tak suka kalau orang yang bergerak lambat ni..mula la perasaan nak mengamuk keluar dari diri aku ni..hish..malas la nak bising-bising pagi-pagi ni kan..tak masuk rezeki pulak..lastly, dia bangun jugak. tapi aku buat muka la dengan dia...ooo..kalau girlfriend dia ajak, laju je..hish!!! geram betul la... Lepas tu, aku dapat mesej dari Wan, dia boleh suruh aku top up kan dia??!!! WTF????!!! ni la dia namanya manusia yang tak boleh diberi pertolongan sekali, dia ingat aku ni banyak sangat duit??!! aku kerja kedai top up ke???!!! Abang aku, si Adi tu pun tak pernah mintak aku top up kan, nak buat apa aku top up kan kau???!!! Hopeless!!!!! Alasan dia, sebab nak cerita sesuatu kat aku..aku balas mesej dia, "Oi! Kau ingat aku kerja kedai top up ke??!!Kredit aku pun low ni..lain kali bila kau ada kredit, kita cerita ok??" Mungkin orang akan cakap, aku ni kasar..jahat la sampai sanggup buat kawan macam tu sekali..you know what, blog??? I don't give a damn about what people say or think about me!! Dah penat la nak jaga hati orang, tolong orang lain sebab at the end of the day bila aku susah, tak ada siapa pun yang akan tolong aku..buat apa nak jaga hati orang,tapi hati kita yang sakit??!! lebih baik DIAM!!! sorry blog,aku lepaskan kemarahan aku terhadap manusia-manusia dan dunia kat kau pulak..hmmm...yang aku tahu, bila aku sedih ke, susah ke aku selalu ada DIA..Yang Maha Mengetahui segala-galanya..tanpa aku perlu nak beritahu pun...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails