Isnin, 3 Mei 2010
ada lagi....
Kenapa aku masih di page ni?? tiada lagi kah kerja untuk aku siapkan?? hmm..tak ada kot..hahaha..aku kan suka meng-update blog aku..tak ada apa sebenarnya topik yang aku nak tulis pun..aku ni bila tengah berjalan, nak tidur baru la banyak idea nak post kat blog aku ni..hmm..ok lah..apa yang aku rasa hari ni..aku rasa mengantuk..sebab semalam stay up late dengar Angah cerita sepanjang dia di Kemaman dan Cherating sambil makan keropok lekor
( my favourite!!) dan minum kopi..haa..tu la masalahnya..minum kopi lagi..tak cukup secawan pulak tu..Angah balik pukul 12 tengah malam, tapi pukul 4.30 pagi baru aku boleh tidur. Apa hal la kau ni mata?? pukul 5.30 pagi dah bangun..pukul 7.30 pagi dah sampai pejabat.. Petang ni pulak, dah janji dengan Angah nak beli hadiah Mak kat Mid Valley..alasan!! kau nak beli barang-barang kau jugak kan Huda?? Ye No..sambil menyelam minum air la..takkan nak keluar banyak kali..minggu depan nak pergi makan-makan sempena Hari Ibu..aku masih lagi mengharapkan belas kasihan kakak-kakak aku untuk makan kat Pelabuhan Klang.aku nak makan Ketam!!! mintak-mintak la dapat..huhu..( macam lah nak sambut hari kau,Huda.. itukan Hari Ibu..ikut suka hati Mak la nak makan apa..)
P/S : harap-harap dalam tren nanti tak ramai orang dan aku tak tidur..dah siap-siap beli surat khabar nak baca dalam tren..huhuhu=)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan