Isnin, 3 Mei 2010
angan-angan VS kenyataan.................
Tadi baru je Wan hantar mesej kat aku.. Aku pelik la, tak kerja ke budak ni..dia bagitau aku yang dia dah berhenti kerja..penat la..kerja bagai nak mati, gaji ciput..kata dia la..hmm..ok..habis tu, kau buat apa sekarang?? " Aku kat rumah sepupu kawan aku, dia nak cari kan kerja.." kerja apa?? " entah..aku pun tak tahu.." tambah dia lagi, " penat tau..dah 4 malam aku tak tidur..nak siapkan demo lagu..lepas ni boleh la masuk kan dalam Youtube, hantar kat Xfm..bla..bla..dapat jadi artis, senang sikit hidup aku..." hmmm...SENANG???!!! tak ada benda yang senang dalam dunia sekarang ni..nak makan pun susah..kena basuh tangan, ambil pinggan, letak nasi, lauk, baca doa..suap nasi..kunyah..semua kena usaha..tak sampai sebulan kau kerja kat tempat tu..Aku pun tak faham la..ya, aku tahu..kau minat muzik..kau rasa kau ada bakat dalam muzik..tapi, tak semestinya semua orang yang ada bakat tu boleh pergi jauh.. Pemuzik di tepi jalan tu pun berbakat..tak ada pun syarikat rakaman nak ambil dia jadi artis..pakcik-pakcik yang selalu menyanyi dekat pasar tani tu..suara dia pun sedap.. tapi tak ada pulak aku tengok muka dia kat dalam Melodi, tak ada pun dia jadi muka hadapan majalah..semua tu kan nasib dan rezeki masing-masing..tapi, yang bagus nya pemuzik dan pakcik tu..mereka gunakan bakat mereka untuk mencari rezeki..bukan aku kata artis tu tak cari rezeki..tapi, ukur baju di badan sendiri la kan..kenyataan nya..duit dalam akaun bank makin susut..hutang dengan orang sekeliling semakin bertambah..dengan duduk, habiskan masa berjam-jam nak tunggu inspirasi muncul untuk buat lagu..pada aku sangat membuang masa!!!! Kalau kerja KFC, paling tidak dapat RM 5 sejam (yeke..aku pun tak tahu..tak pernah kerja Kfc)..
P/S : aku pun minat muzik, teater..tak ada pulak aku habiskan masa aku nak pergi ujibakat di Istana Budaya tu..kita tak akan dapat semua yang kita nak, tapi kita dapat apa yang kita Perlu..Alhamdulillah, buat masa ni, aku dapat apa yang aku perlukan..hmm..dan blog, sampai sekarang ni, aku tetap rasa dia lelaki Melayu yang bagus..shhh..jangan bagi tau dia ya...;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan