Isnin, 3 Mei 2010
Ivan dan aku.......
Aku selalu cakap kat Mak hujung minggu adalah hari untuk bermalas-malasan..tak payah bangun awal, nak masak tengahari atau buat kerja-kerja yang biasa kita buat pada hari biasa. Macam biasa, Mak tak setuju dengan aku. Mak cakap, hari minggu la hari kita nak kemas rumah,kemas bilik..bla..bla..bla..itu jela ayat yang aku dengar lepas tu..masalahnya, mulai minggu lepas lagi, Mak dah sibuk dengan aktiviti marhaban di rumah orang kahwin. Pagi-pagi lagi Mak dah keluar. Hmm.. Nak pergi rumah Angah, tak boleh pulak..minggu ni Angah ke Kemaman..sepupu Abang Eddy kahwin..Adi..hmmm..dating dengan girlfriend la..Yong..ermm tak nak la..nanti aku tak balik rumah melayan budak-budak tu..Jadi, tinggal la aku bersama Buntuit dan BulBul..dua kucing kesayangan aku(sayang la kan,dah tu je yang ada..hahaha) huh..dorang pun dah jemu tengok muka aku..macam malas je nak layan..Apa lagi..masuk bilik dengar radio, baca buku la nampaknya.. If You Could See Me Now..Aku suka baca buku ni..mungkin sebab aku rasa hidup Elizabeth lebih kurang macam hidup aku. Selalu rasa bertanggungjawab. Walaupun aku anak bongsu. Tapi yang paling aku suka tentang buku ni mestilah Ivan. Watak yang tidak dipastikan kewujudannya ( kononnya dia ni teman khayalan, hanya yang percaya akan kewujudan dia je yang boleh nampak- selalunya budak-budak la..) Tapi, (sebab aku ni suka sangat berangan kan) kan seronok kalau ada lelaki macam Ivan..
P/S: Aku sebenarnya pun tak ada benda nak tulis..=)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan