CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 3 Mei 2010

Bebelan aku di pagi Isnin...


Sebelum aku tulis apa yang aku nak tulis ni, blog..aku nak mintak maaf la kalau aku terlepas tulis ke..tak sensitif ke..(takut masuk ISA..hahaha..tak la sampai ke situ kot)..Selama aku kerja kat sini, dah ramai yang datang mohon bantuan..(kami sebagai orang tengah je..tolong mana yang mampu..) banyak la kes, warga tua tu..memang patut dapat la kan..ibu tunggal ( ni kes dapat laki yang tak guna la ni). Ada jugak yang datang sekeluarga.. nak mintak bantuan la kalau dapat ringankan beban sebab si suami tak boleh bekerja..sakit..ada surat doktor yang tak benarkan si suami ni bekerja..hmm..ok...tapi yang peliknya..jumlah anak mereka..enam,lapan..ada yang sembilan!!! woah...macam nak buat satu pasukan bola sepak..( no pun intended) aku tersangat pelik dan hairan sebab katanya dah lebih dua tahun si suami sakit..tak boleh bekerja..tapi, anak yang paling kecil baru 7 bulan..si isteri pula sarat mengandung..???!!!!! Aku tak faham la... Kalau dah tak mampu sara anak yang sedia ada(keperluan asas, makan,pakaian,pelajaran) kenapa masih nak tambah kuota anak?? (mungkin bosan duduk di rumah kot..kan tak boleh bekerja..ada surat doktor tau..) aku pernah dengar, ada yang kata walaupun hidup susah,tiba-tiba mengandung( tiba-tiba?? kalau tak ada angin,masakan pokok bergoyang) katanya..anak itu kan rezeki Allah..ya, memang betul..tapi kalau dah sampai sembilan anak, suami isteri tak bekerja..bagaimana nak hidup cik kak??!!! Kalau tak kasihan kan diri sendiri yang sanggup mengharapkan bantuan orang sahaja, fikirkan lah kebajikan anak-anak..Walaupun aku ni tak minat sangat kat budak-budak..tapi aku pernah jadi budak..selalu nak makan sedap..selalu mintak Mak belikan mainan atau apa saja yang kawan aku ada..seronok kalau dapat pergi sekolah, beg baru, baju baru..dapat jumpa kawan-kawan..biasalah, kehidupan kanak-kanak..tak ada masalah..tak kesian ke budak-budak tu..makan hanya untuk hidup..tak cukup zat..macam mana nak belajar? nak jadi modal insan seperti yang di war-war kan kerajaan tu?? Aku tak faham la..tak faham dan tak akan faham bila orang tak nak fikir panjang..semua perbuatan yang kita nak buat, mesti lah kena fikir kan..baik buruk dan akibat perbuatan kita tu..hish..entahlah..tak tahu nak tulis apa lagi..penat dah jari-jari aku menekan key board ni..
P/S: aku tak kata aku bagus sangat, tapi aku rasa aku tanggung segala akibat atas perbuatan aku..dan aku seboleh-bolehnya tak nak orang lain terkena tempias atas tindakan aku..fikir-fikirkan lah..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails