CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 18 Jun 2010

Budak


Semalam, hari yang sangat menguji tahap kesabaran aku. Yela, aku bukan orang yang penyabar. Anyway, bagus jugak idea Mak paksa aku puasa bersama dia. Seriously, memang sangat menguji keimanan lah. Dah lama tak berpuasa. Pagi tu, makcik yang jual nasi lemak tu meniaga pulak. Bila aku teringin nak makan, tak ada pun. Hish.... sabar jela... Bila sampai ofis, aku online facebook la. hahaha. Menyampah la pulak bila ada "kawan" yang bila kawan tegur dia kar Facebook, balas macam tak ada perasaan je. Tapi boleh tegur someone yang dia barely even know. Huh!! Sabar jela..Biasalah bila perut lapar, memang rasa nak lempang orang je. Aku la kan. Jadi, aku blok je orang yang sakitkan mata dan hati aku. Lagi senang. Kerja aku pun banyak sebenarnya. Tapi, yang buat darah aku naik(sikit je) bila aku tengah nak siapkan satu kerja, ada pulak yang nak suruh aku buat kerja lain. Tak ke macam orang tu mintak pelempang aku?? Haih..sabaq ja la.. Alhamdulillah, siap jugak kerja aku. Well Done Huda!!! huhuhu... Tapi, still aku tak senyum pun satu hari tu. Penat kot. Masa aku berjalan balik, tasik tu aiyoyoyo....busuk yang amat. Hanyir! Tapi yang hairannya, boleh pulak ada yang berkelah sambil memancing kat situ. Aku pun cepatkan lah langkah aku. Nak sampai rumah aku, ada seorang budak India ni. Dalam lingkungan 10 tahun kot. Dia berlari. Dalam slow motion. Macam dalam filem. Seriously. Pergerakan dia sangat lambat tapi gerak badan dia. Wow. Macam ada kamera yang tengah rakam nak buat filem. Siap pandang kolar baju dia. Nak pastikan kolar dia tu bergerak la. As if kena angin. Hahahahahahahahahahahahaha. Aku gelak tengok gelagat budak tu. Tak sangka dia boleh buat aku ketawa. Pelik, tapi menghiburkan la budak tu. Terima kasih budak. Romba nandri.hahaha.Betul ke tak. Aku pun tak tahu.

P/S: Tak sabar tunggu hari Ahad.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails