Hari Jumaat lepas memang sibuk. Banyak kerja. Tapi aku sempat escape work stress tu dengan melayari internet. haha. Nak dijadikan cerita, Arep chat dengan aku, sebab dia nak tanya pasal dinner Semekar. Huh?? I. Have. No. Idea. Aku tak tahu apa-apa pun pasal dinner ni. Seriously. Dia forward mesej tu kat aku. Dia kata anak cikgu yang dulu sekelas dengan kitorang yang send mesej tu. Sebab mak dia (cikgu sekolah tu) yang organise dinner tu. For Ex-Semekar. Owh. I told him, I don't know anything about it and because I don't know anything about this event, so therefore I'm not going because they clearly don't want me to be there. Selalunya aku akan terasa hati atau bengang, rasa nak lempang mereka-mereka semua. Tapi hari tu, aku rasa macam tak kisah. Yeah, whatever. Aku mungkin tak sepopular mereka-mereka dan cikgu yang organise tu mungkin tak suka aku (sebab aku pernah sain petisyen against her, sampaikan walaupun aku dah masuk TIKL, dia masih mempersoalkan tindakan aku. Aku buat apa yang aku rasa betul.Aku dah mintak maaf. Tapi aku tetap rasa apa yang kami buat tu betul.) Tapi aku tak kisah. Aku tak perlukan mereka-mereka untuk buat aku rasa diterima, disayangi or whatsoever. Masih ada lagi yang sayangkan aku seadanya dan walau apa pun yang orang cakap dan fikir pasal aku, mereka masih tetap sayang aku. Kepada mereka-mereka, aku tak rasa aku akan boleh pandang muka mereka-mereka dan berkawan macam dulu. Sebab mereka hipokrit. Pengkhianat. Aku lebih rela orang benci aku daripada berpura-pura jadi kawan aku,dan mengkhianati aku. Sakit. Tapi aku dah ubati luka tu dengan menghargai orang-orang lain yang menghargai kewujudan aku. Parut tu masih ada dan akan kekal sebagai peringatan untuk aku. Terima Kasih kepada mereka-mereka yang telah membuktikan teori aku salah. Tak semestinya orang yang kita kenal bertahun-tahun akan kekal menjadi sahabat. Sekarang aku tahu.
P/S : Teman dan sahabat tak sama....
P/S : Teman dan sahabat tak sama....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan