CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 7 Oktober 2011

argh! apa ni??

Assalamualaikum.

 Aku rasa betul la. Aku ni orang yang ego. Sebab aku suka menafikan perasaan sendiri. 
  • Aku selalu akan kata aku tak lapar kat kakak aku sedangkan perut aku bukan sahaja berkeroncong, dah buat konsert dah. Punya la lapar. Sebab aku malas la nak susahkan kakak aku kan. aku kan baik. haha.
  • Aku suka menafikan bahawa aku memang suka bila dipuji atas kerja aku. Rasa dihargai. Tapi, aku nafikan sebab aku takut entah-entah pujian itu hanya pujian palsu yang akhirnya menjatuhkan aku sendiri. 
  • Aku suka menafikan bahawa aku suka dengar lagu Bruno Mars. Sebab ia mengingatkan aku kepada orang yang annoying. Padahal, dia dengar lagu tu dari ringtone phone aku. Arghh!! Bencinya!!! 
  • Aku suka menafikan bahawa aku tak sama macam orang lain. Sebab aku nak jadi special. Tu yang bff aku cakap, aku bukan pelik, cuma nak jadi special je. Rasa nak lempang muka dia. Sebab dia betul. haha. Tapi sebenarnya, aku sama je macam orang lain. Makan, minum, berak dan hidup macam orang lain. Cuma, aku comel. Tu je bezanya. haha.
  • Aku suka menafikan yang aku selesa sebenarnya pakai tudung labuh kat kolej. Aku comel okay bila pakai tudung labuh. Tapi, orang akan kata aku macam ustazah. Perh. Malu wey. Ilmu dan amal tak seberapa, then kau cakap aku camtu. Perli ke apa??
  • Aku suka menafikan yang aku rindukan suasana kelas masa Sem 1 dan 2. Memang aku rindu pun.Best je. Tapi, bila orang sakitkan hati aku camtu, macam mana aku nak terima?? Orang akan kata, "ala..dia memang camtu..." SO WHAT?? Aku pun boleh kata, "AKU MEMANG CAMNI". Aku hanya akan berkawan dengan orang yang value aku. Sebab aku value kawan-kawan aku. 
  • Aku selalu menafikan bahawa kata-kata yang orang keluarkan itu menyakitkan walaupun sebenarnya ia memang menyakitkan. Seronok sangat ke jadi mulut puaka sampai menyakitkan hati orang? Sebab tu aku lebih suka sorang-sorang. Aku takkan menyakitkan hati aku sendiri.
  • Aku selalu menafikan bahawa aku suka berlakon walaupun sememangnya aku suka. Bukan apa, sebab aku geli kot tengok orang berlakon lelaki perempuan sesuka hati nak pegang. Entah basuh tangan ke tidak. Walaupun aku tahu itu lakonan, tapi yang dosa, tetap dosa kan?
  • Aku selalu menafikan yang aku suka benda yang aku suka, sebab orang akan kritik benda yang aku suka tu. Aku tak suka la benda yang aku suka tu dikritik. Lebih baik diamkan je kan. Supaya aku je yang tahu apa yang aku rasa terhadap benda yang aku suka.
*Banyak benda yang aku nafikan walaupun sebenarnya aku rasa tak salah untuk rasa apa yang aku rasa. Tapi aku tak nafikan kadang-kadang aku buat benda bangang yang buat aku rasa, "perh. apa yang aku buat ni??" Benda bangang tu adalah bila aku buat orang yang aku sayang sentap. If only aku boleh putar balik masa, aku takkan buat orang yang aku sayang sentap.*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails