CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 11 Oktober 2011

vantage point

Assalamualaikum.
    *kalau hati pecah, literally macam ni ke? perh!*

                                   

Sebelum tu, aku memang ada masalah nak buat tajuk post yang WOW!!! entah. tak ada bakat kot. atau mungkin cuma malas nak perah otak. biasalah, cuti sem. tipical student! Anyway, sepanjang cuti ni aku asyik blogwaling dan end up baca blog Terfaktab! Best. Tapi biasa cerita pasal relationship ni. Bezanya, penulisan tu macam jujur dan yang penting tak gedik. Relevan. Aku tak pernah berpengalaman dengan relationship sebab aku kan muda lagi. hehe. Anyway, ada la cerita tentang broken hearted, and so on. So kalau been in a relationshop, kena heart broken la, ea? Tak nak la aku. No thanks. Cukup la kecewa bila dapat tahu Michael Owen dah tunang. Memang la rasa sweet je dia dengan Louise, tapi dalam hati siapa tahu? KehKeh.

Aku ni dah la cepat bosan dengan orang, cepat sentap, dan hanya akan rapat dengan orang betul-betul aku percaya (macam Anne) of course aku memang bukan orang yang perlukan relationship sekarang. Atau mungkin 5 tahun lagi. Mungkin hampir ada, tapi aku rasa aku perlu jaga hati aku lebih dari hati orang lain. Tapi kalau takdir menemukan aku dengan Mr. Perfect, itu lain cerita. Anyway, aku suka dwell into friendship, share ideas, knowledge about things worth to know. Dan mungkin, adakalanya aku bagi false hope. Tanpa aku sedar. Sebab sebenarnya, aku hanya boleh jadi seorang kawan. Dan jadi seorang kawan lebih seronok kot dari jadi lebih dari kawan. Contoh la macam aku dengan classmate aku Adib, masa tengah tunggu kelas mula, aku nampak kuku dia panjang. Instead of cakap,*(dengan nada berhemah dan sopan santun) "Adib, kau tak rasa rimas ke kuku panjang? Potong la kuku tu..."  aku sebagai kawan nak lebih more fun, aku cakap, *(dengan nada cool tapi tetap comel) " Eh, adib, panjang giler kuku kau...Aku tak kisah macam mana kau makan, tapi macam mana kau basuh berak? On second thought, Aku tak nak tahu..." Pada aku, bila jadi kawan, you can just be yourself. Aku tak tahu pulak macam mana jadi lebih dari kawan. Tapi bila ada "kawan" yang anggap aku lebih dari kawan, dan expect aku treat dia differently, aku rasa, BUZZ OFF! 

Aku lebih prefer suka someone dari jauh. Simpan dalam hati dahla, kan. Aku pernah suka this guy before dia end up jadi kawan aku. Bila dia dah jadi kawan, aku bukan rasa lagi suka kat dia, aku lagi simpan perasaan suka aku tu lagi jauh dalam hati. Sebab jadi kawan dia lagi best. Dan aku takkan risk this friendship over some stupid crush. Sebab perasaan tu uncertain. Pada aku la. Paling kecewa, bila aku dah jumpa childhood best friend aku yang dah hampir 10 tahun tak jumpa, tiba-tiba dia nak jadi more than best friends. Kecewa, sebab dia tak rasa friendship tu penting. Ada orang pernah cakap kat aku, we would love our soulmate to be our best friend, tapi hesitate kalau best friend nak jadi soulmate. Mungkin betul kot. So, aku tak boleh nak kawan dengan dia lagi. Lagipun, 10 tahun tu dah menjadikan aku dengan dia complete stranger. Walaupun masa sekolah rendah kongsi makan bekal yang aku bawak dekat tepi padang sekolah sambil main paper doll, kumpul sticker sesame street dan main digimon. Well, that was the past kan. 

Kawan aku pernah cakap, sebab dia perlukan relationship adalah untuk luahkan perasaan. Aku tanya dia, " punya lah banyak kawan kau, takkan sorang pun tak boleh pinjam telinga sekejap? " dia kata, "lain la dari orang yang special tu. rasanya lain." PERH! Jadi, adakah dia memang rasa pasangan dia tu special sebelum dia jadikan pasangan dia tu tempat luahan perasaan ataupun pasangan dia tu special sebab jadi tempat luahan perasaan dia? Either way, matlamat tak halalkan cara kan. Lagi satu pulak, bila ada orang kata, dia "berkawan" dengan orang yang sangat berbeza untuk mengubah orang tu. Pada aku, bila masa pulak orang lain boleh mengubah kita dan vice versa? dan bila masa pulak kita ada remote control untuk mengawal hati, emosi serta perilaku orang lain? Ok, ini teori aku. Hanya kita sendiri yang boelh ubah diri kita sendiri. Orang lain tak boleh. Orang lain hanya boleh bagi kesedaran, mempengaruhi sedikit sebanyak perlakuan kita, tapi we are responsible to every action yang kita buat. Bukankah kita dianugerahkan akal untuk berfikir? Fikir baik dan buruk dan pilih antara keduanya? Manusia jika menggunakan akal sebaik mungkin, walau dalam keadaan yang buruk mana sekalipun, dia akan pilih yang terbaik. Ini teori aku. Dan, what kind of relationship  tu kalau kau terima seseorang hanya kerana nak ubah orang tu? Who gives you the right? Cuma aku tak faham, sebab aku selalu suka someone sebelum aku even kenal orang tu. Orang2 tertentu yang ada aura special je aku suka, ok. haha. Dan yes, semua orang dalam dunia berbeza. Setiap orang ada keunikan masing-masing. Kalau kita suka someone, kita akan terima perbezaan tu kan. Macam aku dengan Jang geun Seuk. Aku terima je dia tak makan petai. Aku faham, dia orang Korea. hehe. 

"perhubungan tak mengubah seseorang, tapi seseorang mengubah dirinya demi kebaikan perhubungan" -akuhuda- (cewaaahhh)

Kadang-kadang bila media dah berikan pengaruh bahawa lelaki dan perempuan bila baligh je perlu mencari pasangan, buatkan manusia lupa cari pasangan dengan hati, tapi cari pasangan menurut nafsu sendiri. Sehinggakan terlupa jaga hati perasaan sendiri dan keluarga malah lupa jaga maruah. Aku mungkin rasa konservatif, tapi aku memang tak rasa dating itu perlu dalam cari the right person for you. Dating itu perlu untuk saling kenal mengenal diri masing-masing. Sumpah tak cool kalau kau rasa boyfriend kau sweet sangat bila sanggup teman kau jalan kaki sama-sama. Sebab dia tak cukup matang untuk fikir perlakuan tu mendatangkan fitnah. Sumpah tak cool kalau kau rasa kau dah cukup gentleman sangat sanggup bekerja bertungkus lumus untuk kumpul duit masuk meminang girlfriend kau yang dah bagi amaran kalau lepas setahun belajar tak masuk meminang, orang lain akan masuk jarum. Tak cool sebab kau lupa nak balas balik jasa mak bapak kau yang dah berhabis duit membesarkan dan menjaga kau. By the way, kalau girlfriend kau sumpah sayang giler kat kau, dia takkan demand dan siap bagi amaran dan ugutan untuk masuk meminang kan.

Post ni bukan nak provoke sesiapa atau nak kata relationship itu bad, tapi semua orang ada pendapat masing-masing. Kalau pandai jaga diri, hati, dan maruah, relationship ok la kot. Entah. tak tahu. 

*aku tetap rasa Jang Geun Seuk comel giler* 





2 ulasan:

Unknown berkata...

Rasa kecewa, hati patah adalah rasa senak kat perut, susah bernafas, putus harapan.. esok tiada lagi, sedih sampai menangis...

pandangan kabur....tak bermaya, takde tenaga, longlai. dan rasa tu sangat sakit bagi orang yang nak mengakui, kalau ignorance, dia akan melawan, tapi dalam hati, dia saja yg tahu.

Unknown berkata...

woahh..en. zulfikar patah hati ke? sabar2..nanti jumpa la orang yang akan cantumkan hati tu balik dan jaga supaya hati tu tak pecah lagi ea...

p/s : tak reti nak console org yg patah hati sbnrnya.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails