CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 13 Oktober 2011

besok Friday.

Assalamualaikum.
*kan best kalau jadi kucing?*

Besok. Friday. Jumaat. Menurut sumber-sumber yang aku tak tahu la nak percaya ke tidak, besok, pada hari Jumaat ataupun Friday bak kata Michael Owen, keputusan peperiksaan akhir semester yang lepas akan dikeluarkan. Aku pun tak tahu nak rasa apa, excited??? Memang tak lah lepas apa yang aku buat sepanjang menjawab soalan exam tu. Pelbagai cubaan aku buat, menghentam sehingga aku sendiri tak tahu apa yang aku hentam, memerah otak cuba memikirkan jawapan yang sepatutnya untuk soalan yang sememangnya boleh aku jawab kalau aku baca betul-betul, kenapa lah aku tak boleh jadi devoted macam cik Anne? Aku selalu tewas dengan bantal aku. Entah kenapa aku tak rasa seronok belajar di meja yang memang disediakan untuk belajar tu. Mungkin sebab semester akhir kot. Atau mungkin sebab segala peristiwa yang berlaku sepanjang semester akhir ni. Entahlah. 

Sudah-sudahlah tu Huda. Jangan ungkit balik benda dah berlaku. Yang penting, bagaimana dengan hari esok. Adakah hari esok akan memberi kesan kepada hari-hari yang mendatang? Adakah kesannya positif ataupun negatif? Haishhh. Mengeluh aku di depan skrin laptop sambil menyiapkan post ni. Aku baru terfikir nak buat something crazy untuk memuaskan hati aku. Tapi, hanya esok, Jumaat ataupun Friday seperti kata Daniel Craig, sebagai penentu samada aku cukup berani atau layak untuk buat something crazy tu.

Anyway, I wish myself good luck. Semoga aku tak terlalu mengecewakan diri aku sendiri. Harap-harap aku boleh terima diri aku seadanya walaupun aku mengecewakan diri aku. Aku akan cuba tersenyum dan terus berdoa agar aku jadi lebih kuat untuk menerima takdir. Tapi, aku tak boleh nafikan. Dalam hati aku........


1 ulasan:

Anne. berkata...

Disaat ini juga, jantungku berdegup laju memikirkan hari esok. Secara automatiknya juga, hari ini diriku senyap tidak banyak berkata2 dgn yang lain kerana fikiranku ligat memikirkan "adakah esok menjadi hari yang manis atau sebaliknya??" Hmm semuanya terletak di tgn-Nya. Diri ini hanya mampu berdoa semoga esok menjadi hari yang indah tak terkata. Semoga kita berdua akan berjaya. InshaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails