CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 7 Mac 2014

6 MONTHS

Dah lama tak update blog ni. Bila dah mula bekerja, masa untuk diri sendiri pun tak ada. Bukan mengeluh, tapi memang tak sedap hati kalau kerja tak habis. Cuti pun berapa kali cancel. Ini kenyataan tau. Bukan sebab nak ampu bos. Kadang-kadang bila tengok bos balik tengah-tengah malam, rasa bersalah nak balik awal. Baik selesaikan kerja mana yang patut. Ini pertama kali aku kerja pejabat yang betul-betul ada sistem, bukan NGO. Asalnya temuduga kerja pegawai kaunter tiket, tapi mungkin rezeki, Bahagian Pemasaran panggil temuduga. Masa temuduga, jujur aku cakap, gementar yang amat. Tapi, penemuduga tu macam tenang. Aku bila gemuruh, memang kadang-kadang ter buat lawak sikit. Nasib baik lah bakal bos aku masa hari tu layan kan je. Lepas seminggu training, aku akhirnya bergelar Marketing Coordinator. Mula-mula macam takut sangat-sangat nak mula kerja. Aku kan macam pendiam, dan tak tahu nak bergaul sangat. Syukur dapat colleague yang sangat membantu. Apa-apa je, aku boleh tanya dan dia akan jawab dari A-Z. Nasib baik masa tu trainee kami peramah, dan aku selalu keluar makan dengan dia. Bila aku dah lama sikit, aku mula bergaul dengan staf department lain since aku kena liase banyak dengan department lain dan supplier. M kata, baguslah, dapat kenalan baru dan boleh dapat pengalaman baru. So, yeah. Little by little aku makin happy dengan working life kat sini. Bila dah lama-lama, makin best. Bayangkan la, masa aku baru masuk 4 bulan bekerja, diorang ingat aku dah lama kerja kat sini. Mungkin aku senang adapt environment kat sini.

Ahad ni tamatlah tarikh probation aku selama 6 bulan. Tunggu confirmation letter. Tu pun kalau dapat lah kan. Tak tahu lah apa pendapat bos dengan prestasi aku. Hopefully, they love having me here as I love being here. Tempat ni memang sesuai sangat untuk aku menimba pengalaman. Apatah lagi syarikat korporat kan. Ala, benda-benda kecil yang kita tak puas hati memang lah ada, tapi itu semua circumstantial je. Bila ada event, and busy, of course lah penat. Tapi bila outcome of the event tu memuaskan, rasa bangga to be a part of the team. Tapi kadang-kadang rasa marah kat diri sendiri, sebab tak pandai nak agihkan masa dengan orang yang tersayang. Kucing pun dah merajuk. Nasib baik M faham. Walaupun bila dia call malam-malam, tiba-tiba aku dah berdengkur, dia kata yang penting spend time dengan Mak. Muka je ganas. Hati sweet. huhu.


P/S: Hoping for the best.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails