Aku tak sangka perkara ni akan berlaku. Secara tiba-tiba. Tanpa diduga. Mungkin itulah takdir dan ketentuanNya. Sejujurnya, aku tak mampu menghadapi dugaan ini. Namun, aku sedar tangisan dan rintihan tidak akan memulihkan keadaan. Mungkin inilah yang terbaik. Segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Insha Allah. Aku perlukan perubahan. Inginkan perubahan. Mungkin belum peroleh kekuatan, tapi aku akan mulakan. Perlahan-perlahan. Aku harapkan doa dan sokongan, bukan pengertian. Kenapa aku tiba-tiba nak sangat berubah? Kerana Dia. Aku perlukan cinta Dia untuk merasa nikmat kehidupan. Kerana Dia sentiasa menyayangi aku. Aku tak mahu lagi jauh dari Dia. Betapa hinanya diri aku yang terkadang lalai dengan dunia. Tapi hati aku tetap rasa kosong. Jiwa aku kacau. Terasa sunyi dan sepi. Aku terlupa Dia selalu ada. Aku selalu merasa diri aku lemah. Tak berdaya. Aku lupa senjata yang utama. Doa. Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk merasa kenikmatan itu. Aku harap perubahan itu akan menjadikan aku diri aku yang lebih aku...Insha Allah..Amin..
P/S : Terima Kasih Ya Allah........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan