CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 28 Jun 2010

Kehilangan

Rasanya dah sebulan lebih kot dia pergi. Tapi rasa kehilangan tu tetap ada. Kenapa rasa kehilangan? Aku bukan kawan rapat pun dengan dia. Aku tak ingat langsung tentang dia. Aku ingat balik pun sebab dia add aku kat FB. Nasib baik jugak la ada pic zaman sekolah dulu. Kalau tak, aku langsung lupa. Dia banyak berubah. Aku pun bukan la kenal sangat kan, tapi seingat aku, dia pendiam je dulu. Sebab tu aku tak berapa ingat. Tak pernah buat hal dengan aku kot. Bila kami jadi kawan fb, aku selalu jugak tengok profile dia. Sebab kata-kata dia bernas. Pedas adakalanya, tapi bernas. Bila dia "like" status aku, aku pun "like" status dia. Well, kenapa aku nak tulis post ni? Sebab aku rasa kehilangan. Kesal pun ada atas rasa kehilangan ni. Sebab aku tak pernah ada keberanian nak tegur dia dulu. Kenapa aku takut? Aku bukan apa, aku rasa level dia terlalu tinggi berbanding aku. Memang, aku tak setaraf dia. Dia bijak, baik, anak yang soleh. Profile dia penuh dengan ucapan takziah setelah pemergian dia. Dia insan yang baik. Dan mungkin sebab itu juga dia pergi dalam keadaan yang tenang. Allah jemput dia dalam keadaan yang tenang. Semoga dia aman di Sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin..

P/S : Al-Fatihah...............

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails