CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 5 Julai 2010

Jika Ada Kesempatan..

Oh..(aku pun tak tahu kenapa aku mula dengan perkataan tu) Lepas beberapa saat...

Hari ni aku datang ofis dengan semangat nak jadi pekerja yang berwawasan. Yang rajin bekerja tak layan youtube dan memanjang online. Tapi aku layan blog. Dan tiba-tiba tersedar.(bukannya aku tidur pun, mengantuk pun tak). Aku terbaca blog yang buat aku rasa malu. Segan. Kerana mungkin, aku dah buat satu kesalahan. Kesalahan aku adalah aku sering membebankan. Hati, otak dan fikiran. Sehingga ia melampaui batasan persahabatan. Kenapa? Sebab aku selalu membenarkan tahap emosional diri aku menjangkaui dan mempengaruhi tahap rasional aku. Aku seorang egoFREAK yang tidak mampu menuding jari ke atas diri sendiri. (Tiba-tiba bos aku masuk ofis pulak..lepas dia bagi aku kerja yang tak berapa nak mencabar akal fikiran dan kesihatan, dia keluar..lalu aku pun cuba menghabiskan entri ni).Hati aku terlalu keras. Degil. Mak aku pun cakap aku ni sangat degil, susah nak dengar kata. Rasa berdosa. Aku tahu, mungkin aku juga mengguris perasaan bila aku merasa terluka akibat perkataan dan perbuatan. Sesiapa juga. Tapi setelah menghadapi hujung minggu yang menyeksakan, (demam je pun..semua angkara perokok yang tidak berperikemanusiaan) tiba-tiba aku teringat mati. Bagaimana jika hujung minggu ni adalah kali terakhir aku menatap wajah Mak, mendengar bebelan Mak yang tak habis-habis menyuruh aku lebih mengambil berat tentang kesihatan. Mesti aku rindu kat Buntuit, yang bakal jadi Mak Bun nanti. Dapatkah aku melihat wajah-wajah anak kucing itu? Tak dapat lagi aku mengajuk suara Buntuit dan BulBul (kononnya Buntuit ni dari Siam dan BulBul asal dari Kelantan). Tapi yang lebih penting, sempatkah aku memohon maaf kepada semua orang yang pernah tersinggung oleh perkataan dan perbuatan aku selama ini. Mungkin ada kesempatan buat aku memohon ampun dari keluarga rapat aku(Mak, Angah, Yong, Adi..orang tahu kau bengang kan orang selalu suruh kau top up tapi tak pernah ganti...). Tapi buat mereka-mereka yang aku gelar kawan..mungkin tak sempat (Maaf la..kredit tak ada..Abang aku dah malas nak top up kan..jadi aku buat entri ni especially untuk korang..kalau ada kesan dramatik tu, ermm..no komen..aku kan Drama Queen..heh!! boleh lagi perasan..) untuk aku cakap, aku mintak maaf kalau aku terkasar bahasa dan salah bicara (aku ni synical dan sarcastic). Maafkan aku kalau aku tiba-tiba terasa(touching..sampai korang rasa macam nak lempang aku je..kalau aku jadi korang, aku pun nak lempang diri aku.) Maafkan segala kesalahan yang mungkin aku dah buat tapi tak sedar(kadang-kadang aku memang jadi lupa diri) . Aku tak tahu nak taip apa lagi (sebab aku nak sambung kerja aku yang tak mencabar akal fikiran dan kesihatan tu)hmmm..Cuma, kalau ada kesempatan, dan hati korang mengizinkan,


TOLONGLAH MAAFKAN....



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails