Hari Jumaat aku cuti. Kepala pening bagai dunia ni berpusing aku rasakan. Alhamdulillah,. Angah dah semakin sihat. Tak biasa aku lihat kakak aku yang seorang tu sakit. Abang Eddy pulak yang nak demam. Mungkin penat kot berjaga malam menjaga Angah. Gembira bila aku tengok Yong dan Angah. Bahagia. Sebab bertemu jodoh dengan lelaki yang bertanggungjawab. Mungkin di mata orang lain, mereka tak sempurna. Tapi, aku tak pernah tengok kakak-kakak aku susah. Sebelum ni, dah banyak sangat contoh wanita sekeliling aku yang hidup susah, makan payah, hati resah biarpun ada lelaki yang kononnya "suami". Sejujurnya, pengalaman mereka buat aku rasa anti lelaki dan perkahwinan tak akan pernah ada dalam kamus hidup aku. Dulu la. Sekarang, aku rasa perkahwinan tu sangat suci dan kebahagiaan sebuah perkahwinan itu akan dapat dikecapi bila kita menjalani perkahwinan itu bersama orang yang betul. Apa beza orang yang betul dan salah? Macam mana nak tahu orang yang bakal kita kahwini itu orang yang betul? Aku bukan pakar. Tiada jawapan atas persoalan itu. Bukan kah masa sekolah dulu, ustaz ada ajar bab Perkahwinan? Ok, tutup cerita ni. Berbalik tentang kisah wanita yang hidup susah, makan payah, hati resah. Aku rasa dah semakin ramai wanita yang termasuk dalam golongan ni. Tak kira apa bangsa. Kata 1Malaysia. Apa punca senario hidup susah, makan payah, hati resah (HSMPHR) ni? Aku pun kurang pasti. Terlupa nak buat survey. Nanti aku syorkan usul kepada parlimen agar soalan ni diselitkan ketika pembancian penduduk dijalankan (Hari Banci Mula Esok-6 Julai). Mungkin sebab wanita zaman sekarang ni pandai berdikari, dah tak terpuruk di dapur sahaja, jadi sesetengah lelaki (yang tak layak digelar lelaki pun pada aku) ambil kesempatan atas sikap wanita yang dah biasa berdikari ni. Sebab wanita-wanita yang nerdikari ni, menganggap dia dah punya segala, yang hanya ingin dimiliki adalah cinta dari insan bernama lelaki. Kalau beringat dan bernasib baik, dapatlah lelaki yang ikhlas dan juga berharta. Kembang hidung si wanita bila ada yang memuji, betapa beruntungnya dia. Tapi, berharta dan berpendidikan tak bermaksud lelaki itu bukan lelaki hidung belang. Tak sampai tiga tahun usia perkahwinan, si lelaki mula menunjukkan belangnya. Perempuan, arak dan judi menjadi teman setia. Si isteri? Mula la menghadapi penyakit (HSMPHR) ni..Kenapa? Sebab takut masyarakat luar tahu akan perihal rumahtangganya yang dahulu dipuja dan dipuji, tapi kini bertimpa-timpa ujian datang menguji. Hidupnya susah. Terpaksa berlakon di khalayak ramai, bahawa si "suami" masih lagi jejaka idaman dan impian. Senyuman terpaksa dilukis, diukir sebaik-baiknya biarpun hati menangis,merintih keseorangan. Makannya payah. Sebab si "suami" dah lupa beri nafkah. Ah, kalau diberinya duit buat belanja makan minum anak dan isteri nanti tak cukup untuk joli. Biarlah mereka. Kan si isteri pandai berdikari. Takkan tak tahu mencari sesuap nasi. Hatinya resah. Kerana biarpun diperlakukan sebegitu rupa, kasih sayang si isteri terhadap si "suami" tetap ada. Wanita kan lembut hatinya. Risau sentiasa. Memikirkan dimanakah si "suami" berada. Mungkin di kelab dengan tangan kanannya memeluk perempuan, di tangan kirinya memegang gelas berisi air syaitan. Tak mengapa, kata si isteri. Asalkan selamat dan sihat sejahtera si "suami". Ini salah satu contoh senario (HSMPHR) NI. Banyak lagi la contoh yang nak diceritakan. Ada yang sanggup buang keluarga, yelah..kerana kasih dia turutkan.Bernikah di sempadan, tanpa bapa yang mewalikan, dengan bayi dalam kandungan. Bila pulang, lambat daftar nikah sampai hampir dipenjarakan. Dan bila anak masih dalam kandungan, tunggu beberapa bulan nak dilahirkan, airmata mengalir kerana diri telah dimadukan. Segala belanja anak, sendiri yang uruskan. Sakit pening,hadapi keseorangan. Tiada teman. Kalau nak diceritakan lagi kat sini, memang panjang. Lebam dan kejang jari jemari aku nanti. Ini semua bukan ancaman untuk lelaki, tapi lebih kepada peringatan kepada wanita. Termasuk diri aku. Yela, aku kan bakal wanita. Not a girl, not yet a woman, kata Britney. Macam aku katakan, aku tiada jawapan atau cara mahupun rahsia nak dapatkan lelaki yang betul-betul lelaki. Sebab aku masih sama seperti aku sepuluh tahun dulu. Tak ada "lelaki" yang istimewa dalam hidup aku, dan belum pernah ada. Dan tak pernah mencari pun. Tapi takut juga jika tersalah langkah, yang mungkin membawa padah..Nauzubillah..
Isnin, 5 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan