CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 5 Julai 2010

Punca

Semalam aku tidur dalam keadaan tak puas hati. Memang payah nak pejamkan mata bila hati masih berkata-kata. Segala macam persoalan yang muncul dan berbagai-bagai pula kesimpulan yang aku cuba rungkaikan. Semua kerana sajak, atau karya Zahiril Adzim yang aku hafal dari blog dia. Kenapa aku hafal? Sebab aku tertarik dengan ayat dia yang menarik kot. Apa-apa pun, penulisan dia telah menyebabkan sedikit salah faham berlaku. Antara aku dan D. Mungkin D yang tak faham atau aku yang tersalah faham akan ketidakfahaman dia tu? Aku pun tak faham. Ah, aku sendiri pun keliru atas kekeliruan ni. Oh, Ok.. Ermm..Ni lah penulisan Z.A yang bikin tidur aku tak lena..(chewah..ayat macam nak kena lempang je)

Bertahun kau menghilang.

Kata kau ini kisah kau yang perlu kau konklusikan, yang perlu kau kesimpulan-kan, yang perlu kau endingkan, yang perlu kau natijahkan. Tapi kau tak pulang - pulang. Tidak berutusan, apatah lagi berhubungan. Aku gelabah.

Lalu aku mula membuka persoalan, kemana, bagaimana, mengapa, bila, siapa.

Resah - resah yang parah, ke kiri ke kanan ke depan ke belakang yang serba tak kena. Tapi yang lebih hebat, hati. Hati yang menjadi suam - suam risaunya. Otak yang dum dam dum dam kabutnya.

Mana kau? Tak pulang - pulang.

Berhari, berminggu, berbulan, bertahun. Aku tak mahu kekosongan ini diisi oleh yang lain, semahu - mahunya hanya kau. Aku bukan duda yang kematian isterinya. Tapi aku percaya, lagaknya begitu sekarang.

Menunggu - menunggu - menunggu.

Menunggu ini lebih hebat dari menunggu shooting.

Akhirnya aku capai keputusan untuk lari dari realiti tetapi bukan fantasi. Aku kepuk - kepukkan bantal, bersedia untuk menerima mimpi apakah tidur kali ini. Walau resah, walau risau. Aku terpaksa menidurkan diri dengan rindu yang tak mampu aku hindari.

Resah lagi.

Tiba - tiba aku sedar, rupanya kau baru hilang beberapa jam.

Kenapa begitu hebat lamanya rasa?

Aku bukan maksudkan apa-apa pun bila aku copy paste benda ni dan menyuruh D baca. Ok, mungkin ada sedikit la maksud yang tersirat. Bukan kah ni cara yang bagus untuk luahkan yang terbuku tanpa memberitahu? Mungkin terlalu berat untuk D faham pemikiran aku yang kompleks ni. Tapi, aku berterima kasih kerana dia telah banyak kali mencuba. Aku hargai usaha dia. Terharu pun ada. Ah, aku yang terlalu sensitif. Atau mungkin, terkadang D yang kurang sesitif terhadap perasaan aku. Tidak guna menuding jari, lebih baik penyelesaian yang dicari. Mungkin aku emosi tatkala rasa diri dikhianati dan emosi aku telah menyempitkan fikiran dan hati. Lalu pelbagai kemungkinan menyelubungi diri dan aku akhirnya ambil keputusan untuk berhenti. Berhenti dari memikirkan segala kemungkinan tadi dan mengambil langkah ke bilik air. Selesai wudhu', kemungkinan itu makin hilang dari benak minda dan ketenangan semakin menghampiri. Biarpun kurang lena dibuai mimpi, tapi Alhamdulillah, aku terjaga tatkala kedengaran suara azan berbunyi. Sebelum melangkah keluar dari rumah, aku capai handphone aku yang masih di "charge" baterinya. Ada mesej dari D. Ok, kita sama-sama tersalah faham. Akhirnya aku meneruskan perjalanan aku dengan tenang. Kerana tidak ada hati yang terasa dan terluka.

P/S : Cuba untuk lebih banyakkan senyuman..=)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails