
- Apa benda yang penting dalam hidup korang?
- Benda terakhir yang korang beli pakai duit korang sendiri?
- Dimana tempat korang ingin melansungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
- Adakah korang sedang bercinta sekarang?
- Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
- Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
- Apakah nama penuh korang?
- Antara mak dan ayah, yang mana korang lebih mesra?
- Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
- Adakah korang basuh baju sendiri?
- Dimanakah tempat betul2 korang nak pergi?
- Pilih salah satu peluk atau cium?
- 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
- 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
- Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
- 6 orang blogger yang korang nak tag?
- cerita sikit bloger pertama korang tag?
ok la, walaupun aku tengah sibuk + stress buat assignment mass comm ni, tapi aku nak jugak jawab soalan-soalan yang tak berapa nak penting ni..huhu
1. aku rasa tak ada "benda" yang tak bernyawa yang penting bagi aku..sebab semua "benda" boleh diganti..
2. hmm..benda yang buat aku rasa nak nagis sebab duit habis..:'( nanti bila benda tu beri faedah, aku post dalam bog ea..
3. haha..orang yang cool dan garang macam aku ditanya bab kahwin, adoi..huhu..simple je jawapan aku, tempat : CARCOSA SERI NEGARA. tema : GARDEN WEDDING.
4. bercinta sebelum kahwin?? tak pernah ada dalam kamus hidup aku..Sedang cuba mencari cinta Illahi..
5. adeh.. perlu ke nak jawab??? tak perlu la kot..tak dapat dibayangkan..haha
6. masa solat. itupun kalau aku khusyuk.
7. majalah wanita dan mastika, baru je beli tadi.terpaksa kot.semata-mata kerana wanita yang bernama puan Norizatini Norali..cinta kepada ilmu perlukan pengorbanan wang..:)
8. Noor Hidayatul Huda bt Mohd Sharif. Yong dan Mak yang bagi nama ni, pada asalnya nama aku Noor Hidayah je..nasib baik Yong edit nama aku guna formula "(-h)+tul Huda" huhu..jadila nama aku yang unik..who cares kalau orang nak komen, banyak nya petunjuk............
9. Aku anak Mak, dan tanpa Mak, aku tak boleh hidup. Literally.
10. Aku nak sangat jumpa dia, orang yang ditakdirkan jadi kawan baik, dan soulmate aku. itupun jika aku ditakdirkan punya teman hidup.
11. Aku ni manusia biasa. ada kelemahan iaitu kemalasan. bila aku malas kat hostel, of course aku akan kumpul duit syiling 2 ringgit untuk guna kemudahan mesin basuh. After all, machine are created to make people's life easier kan.
12. Aku teringin nak duduk dekat atas bukit di Ireland dan tentunya aku berhajat nak tunaikan haji di Mekah.
13. dua-dua geli sebenarnya. tapi aku mungkin prefer peluk. sebab pelukan itu affection. cium itu disgusting.
14. Kan aku kata aku tak sayang benda. Hp aku pun macam nak hancur dah. Eh, jap..aku sayang buku-buku, novel-novel yang aku ada. Ilmu kan kekal selamanya.
15. Lagu? selalunya bertukar mengikut peredaran zaman.haha. tapi yang paling dekat di hati, My Way (Frank Sinatra) dan The Climb (Miley Cyrus). lagu kenangan best, Seribu Tahun (Imran Ajmain).
16. Tarikh Lahir : 2 MAC 1990, huh?? sambut kat rumah k0t..huhu~~
17. Aku kenal ramai blogger, masalahnya blogger tu tak kenal aku..macam mana nak tag? Sep sorang jela kot..huhu
18. Sep is My Bestest Friend..:P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan