Minggu ni aku rasa tak semangat langsung. bukan sebab aku memang tak ada semangat nak balik kolej selepas bercuti raya, (bukan seronok pun cuti kali ni, sakit pinggang ada la, Malaysian Studies punya pasal.) Aku rasa kat sini aku lagi happy "kot" dari duduk rumah. Dahla macam-macam hal yang jadi. Aku tak jadi keluar pun dengan Afiq. memang la nak jumpa dia, kata best friend, tapi nak jumpa dia berdua je, macam bukan aku. memang la aku dengan dia bestfriend, tapi itu sepuluh tahun lepas "kot". aku bukan Huda yang dulu, dan dia pun mungkin bukan Afiq yang aku kenal dulu. Mulanya nak pergi, minta tolong Sep, kawan TERbaik aku temankan. Tapi tiba-tiba dia ada hal. Takkan aku nak pergi sorang-sorang?? GILA! jadi, aku batalkan jela. tak ready "kot". anyway, sejak hari tu, dia dah tak mesej aku. busy or dah bengang dengan aku? I DON"T KNOW and surprisingly, I DON'T CARE! kalau orang nak muncul dalam hidup aku tiba-tiba, then sesuka hati nak pergi tiba-tiba, apa aku kisah? perlu ke aku nak rasa orang-orang macam tu penting dalam hidup aku? tak perlu la "kot". Bila balik sini, entah macam mana, it suddenly came to my senses yang aku ni tak disukai "kot". tak tahu la kalau aku yang rasa macam tu, atau benda tu memang betul. aku dah tak bersemangat nak pergi kelas. memang tak patut kan aku rasa macam tu. kesian Mak. tapi, kalau dalam kelas aku nak bercakap, bagi pandangan, bertanya pun tak boleh, tak dipedulikan, what's the use kan? rasa macam tak wujud. do i need to beg for attention? kenapa perlu ada beza aku dengan orang lain? dah malas pulak rasanya nak jadi diri sendiri, sebab orang tak boleh aku sebagai Noor Hidayatul Huda. aku tahu la kadang-kadang (ke?) aku ni suka kenakan orang, straight forward sangat. mungkin orang tak boleh terima. tapi tak bermaksud aku tak berhak nak suarakan pendapat aku kan? bukan ada unsur hasutan atau racism. mungkin kalau aku senyap, this world would be a better place to live. aku stress gila "kot". sebab orang yang dah biasa menyuarakan apa yang ada dalam hati, dan fikiran macam aku ni, terpaksa mendiamkan diri. patut ke? ataupun aku patut terus jadi diri sendiri, walaupun orang rasa aku ni menjengkelkan? memang la aku nampak sempoi, macam tak kisah je apa yang orang kata tentang aku, tapi sebenarnya dalam hati..Allah je yang tahu.. sakit "kot".
P/S : mungkin orang yang tak ada rupa dan personaliti yang menarik macam aku ni patut diperlakukan macam ni..DUNIA..DUNIA..
Khamis, 25 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan