CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 28 November 2010

di waktu malam...

mesti la rasa mengantuk kan. tapi aku, masih lagi ada hati nak update blog yang serba sederhana ni.macam aku.haha. terperasan sikit. hm..apa nak cerita ea..hari ni tak ada benda yang interesting sangat, bangun-bangun je Anne kata tak ada air. terpaksa la jadi pelarian ke blok lain. adoi. What The..... betul la. lebih baik tak ada privilege dapat type A. tak la sakit hati sangat. aku dengar macam-macam berita minggu ni.agak tergugat la keberanian aku nak berseorangan dekat sini. kalau bukan orang tu, tak la membahayakan sangat berbanding orang kan. pada pendapat aku la. then, tengahari tadi ingat nak pergi withdraw duit, memandangkan ATM machine kat kolej ni rosak. itu lagi la What The..... dah lama "kot" machine tu rosak. huh!! menyesal pun ada sebab tak balik this weekend kan. tapi semalam ada lawatan sambil belajar ke Naqia Corp Sdn Bhd. ala, yang asaskan perubatan cara Islam guna rawatan pinggan putih. senang cerita, yang buat Air Musoffa tu. masa kat teknik, setiap dorm dibekalkan air ni. tapi aku tengok, penuh je air tu.sampailah habis SPM. tapi seriously best lawatan tu. memang rugi la siapa yang tak pergi. dapat makan sedap pulak tu after that. seriously, aku puas hati. ok, sambung balik cerita hari ni. aku, yat, dan anne (dah macam three musketeers kitorang ni) decide makan jela kat cafe, selasa ni baru keluar duit. aku dahla pokai. huhu. lepak-lepak jap, tak ada benda yang interesting pun, besides kucing-kucing yang agak comel kat situ. ada pulak group of minah tudung labuh yang pandang agak serong kat kitorang. macam mintak pelempang aku. kalau nak pandang kitorang pelik, and nak kutuk pun, pandai-pandai cover la. nasib baik aku baik (konon-kononnya la.haha). ah, malas nak layan dah. baik balik bilik buat hal sendiri (padahal memang ada kerja pun.huhu). sekarang ni aku bosan. anne dah tidur berdengkur kat sebelah ni. aku? masih menaip patah perkataan yang sebenarnya tak berapa nak penting pun. Rindu pulak kat Mak. bukannya selama ni aku tak teringat langsung kat Mak. banyak kali jugak aku call Mak dalam this week. tapi aku tak suka bercakap dalam telefon je. tak sama. tak boleh nak peluk Mak. tak boleh nak buat muka (ekspresi everytime Mak mula cerita pasal Adi.eh, perlu ke?). tak dapat nak buat lawak sengal sangat. sebab cakap lama-lama nanti kredit habis. yat pun marah aku nanti.hahaha. Perut pun lapar. kalau kat rumah, mesti boleh ketuk bilik Mak, cakap, "Mak, lapar la. Tak boleh tidur. Temankan No masak jap boleh tak?" then, aku masak nasi goreng kampung pedas-pedas (sedapnya....), makan bersama Nescafe. woah... nikmat "kot". walaupun Mak tak suka nasi goreng, mesti makan jugak. haha. Adi? tak payah cakap la. sekeding-keding dia, dia punya food consumption lagi hebat dari aku. tapi memang best kalau weekend kat rumah. kadang-kadang kalau datang kemalasan aku, memang duduk dalam bilik jela. yela, dah lama tak bersendirian dalam bilik. Abe Bul dengan Buntuit and even TinTomei pun aku dah tak bagi masuk bilik aku. hmmm...baru teringat, it tak baca lagi..hahaha..ok la, next time kita jumpa lagi ea blog..toodles..


P/S : eh, kau..kau suka buat aku tertanya-tanya kan..ok.fine.aku benci kau (cakap je..)

1 ulasan:

anne berkata...

baik betol anne tu.suka bgun awl kejut kwn2.yg kwn die tu sedap tdow kn.xpatot betol. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails