
IMPLIKASI TEKNOLOGI KOMUNIKASI TERHADAP
HUBUNGAN INTERPERSONAL
pukul 2:32 am. aku masih lagi mengemaskini (cewah) blog aku ni padahal kerja Puan Tini tak siap lagi. Apa masalah aku ni??? ala, bukan malas. nak cari idea macam mana nak buat je. isi dah ada "kot". tapi macam mana nak buat report tentang topik ni ea? ok, implikasi dalam erti kata lain adalah kesan. teknologi komunikasi tu contohnya telefon bimbit (skema giler), internet dan juga blog (ehem-ehem). hubungan interpersonal adalah hubungan individu dengan individu yang lain. macam kawan-kawan, keluarga. ok, kesan positif, macam biasa la kan. telefon bimbit (skema lagi) dapat merapatkan lagi perhubungan interpersonal. yela, kalau selalu mesej,( tapi kan anne, tak perlu la nak mesej kite bila ada kelas..:P ) dan bertanya khabar melalui perbualan telefon, bagi mereka yang berjauhan, hubungan interpersonal akan menjadi semakin rapat. Bukankah komunikasi itu penting dalam sesebuah perhubungan?? kalau saling tidak bertegur sapa dan tidak berkomunikasi, tak akan wujud sesebuah perhubungan. (ei, terasa pulak, tapi kalau tegur, then orang tu tak balas, nanti aku pulak yang sakit hati.Eish2..) zaman sekarang ni, perhubungan boleh wujud melalui alam maya. iaitu internet. segelintir masyarakat menemui jodoh mereka melalui alam maya. teknologi dapat membentuk virtual proximity (tak reti la nak translate bahasa melayu apa) dan seterusnya akan berkembang menjadi sebuah perhubungan (kawan, dan sebagainya). dengan saling berhubung, mereka dapat saling bertukar informasi dan hubungan akan menjadi lebih rapat. hmm..apa lagi ea.. itu jela kot..ok, sekarang kesan negatif pulak. apa ea..apa ea..ha!! apabila menggunakan teknologi komunikasi, sebagai contoh paling mudah adalah Sistem Pesanan Ringkas melalui telefon bimbit (woah...agak skema..). adakalanya apabila kita menerima mesej, kita tidak dapat mendengar nada percakapan seseorang tersebut dan tidak dapat melihat reaksi dan cara serta niat beliau menyampaikan mesej tersebut. sebagai contoh, jika ayat tersebut mempunyai unsur sindiran ( macam yang selalu aku buat je..) seseorang boleh mengetahui ayat itu mempunyai unsur sindiran melalui gaya bahasa tubuh badan. Melalui teknologi komunikasi, gaya bahasa tubuh badan seseorang tidak dapat diketahui dan ini menimbulkan salah faham dalam hubungan interpersonal. satu ayat pun boleh membawa maksud yang berbeza mengikut nada penyampaian tau.
IMPLIKASI TEKNOLOGI KOMUNIKASI TERHADAP
KOMUNIKASI BUKAN LISAN
sekarang ni tajuk yang kedua. (aku tulis kat blog, macam lah Puan Tini suruh submit by blog..haha) ok, komunikasi bukan lisan adalah komunikasi yang tidak menggunakan suara, ataupun percakapan. for your info, blog sebenarnya adalah tergolong dalam komunikasi lisan. kerana mengikut pakar komunikasi (yang semestinya bukan aku) buku, ataupun sebarang jenis tulisan itu adalah suara penulis. so, basically, for those who read my blog, sebenarnya apabila anda membaca blog saya, (cewah..sejak bila pulak la sopan..) anda mendengar cerita seolah-olah saya (poyo lagi) yang menceritakan pada anda. yela, gaya bahasa tulisan blog ni pun orang (yang kenal aku) boleh tahu ini memang cara aku bercakap. lagipun, apabila kita baca buku, tak kisahlah ilmiah ataupun novel, sebenarnya ada pencerita (narrator) dalam setiap cerita, bergantung pada sudut pandangan penulis itu sendiri. ha, dan bahasa isyarat juga adalah komunikasi lisan kerana ia adalah bentuk percakapan bagi golongan bisu. adoi, membebel pulak aku. bajet pensyarah.haha. hmm.kesan teknologi komunikasi terhadap komunikasi bukan lisan adalah emoticons. yang biasa orang (termasuklah aku, sebab aku bukan kucing) gunakan dalam e-mel, IM Chat, dan juga mesej teks.

ni la contoh emoticons..
penggunaan emoticons ini digunakan untuk mengekspresikan emosi kita dalam penggunaan teknologi komunikasi (betul ke ayat aku ni). ada berbagai-bagai jenis bentuk wajah emoticons yang meberi maksud emosi yang berbeza-beza. penggunaan awal emoticons adalah smiley, gabungan titik bertindih dan penutup kurungan yang memberi maksud senyuman atau kegembiraan apabila digunakan pada akhir perkataan atau ayat. contoh, :) manakala apabila gabungan titik bertindih dan pembuka kurungan digunakan, ia menunjukkan maksud kesedihan. contoh, :(
setanding dengan teknologi yang semakin berkembang, emoticons kini muncul dengan pelbagai jenis rupa untuk menunjukkan emosi, daripada muka mengantuk kepada menjeling. satu lagi bentuk komunikasi bukan lisan adalah gambar. zaman sekarang ni, ramai yang suka upload gambar ke laman sosial, khasnya Facebook. melalui gambar juga, terdapat komunikasi apabila kita dapat mesej melalui gambar tersebut. jap ea..nak cari gambar buat contoh.

gambar pernikahan Zizan..isk3..:'(
gambar ni walaupun menyedihkan, (yeke??) tapi ini contoh yang boleh aku bagi la..melalui gambar ni, kita boleh tahu bahawa orang yang ada dalam gambar ni baru selesai majlis pernikahannya. dan daripada riak wajah masing-masing, boleh diketahui bahawa mereka amat gembira dan bahagia..(aku tak..huhu~~~). apa yang aku ingin sampaikan adalah, kita boleh dapat pelbagai jenis informasi melalui gambar. tetapi, adakalanya, informasi itu sebenarnya tidak benar kerana itu adalah andaian kita semata. macam penggunaan simbol dalam mesej teks, atau emel, gambar juga begitu. kadangkala imej yang dipotretkan melalui gambar memberi maksud berbeza kepada orang lain mengikut interpretasi masing-masing. baiklah, demikian lah sahaja cebisan ilmu yang dapat aku kongsi dalam blog ni..hahahaha..dah pukul 4:51 am. slide tak siap lagi.kelas Arab pukul 8. giler la. jadi panda aku.haha.
P/S: hopefully dapat puaskan hati Puan Tini kali ni...
2 ulasan:
haha kesian zizan dah kawen :P
ohh sgt sweet ye ade nama anne kat situ.yela kalo xmsg kang org tu rindu plak.nak wt cmne kan.
Catat Ulasan