Hari ini dalam sejarah, aku tak datang kelas. Sakit yang menyerang, memang menjadi penghalang. Terbaring di katil sampai ke petang. Impian hendak bermastautin di KUIS sehingga penghujung semester juga terhalang, lantas aku mencapai telefon.. "Mak, No nak pulang.."
"I'm coming home, coming home..tell the world I'm coming home.."- P.Diddy
Setelah lama aku memerhati, perhalusi dan aku mencapai satu konklusi -I'm INVISIBLE in my own WORLD-
Bagaikan halimunan. Tak kelihatan. Seringkali tidak dipedulikan. Kewujudan aku sekadar watak tempelan. Kata-kata ini bukan luahan perasaan. Tetapi ia kenyataan. Kebenaran yang harus ditelan. Walaupun menyakitkan. Ah, aku faham. Dunia lebih memerlukan manusia-manusia yang cantik rupawan, disenangi kerana kata-kata manis dan senyuman yang dilontarkan, manusia-manusia yang suka dengan puji-pujian, juga manusia yang sempurna penampilan. Aku, bukan manusia itu. Paras aku, biarpun sempurna diciptakan Yang Maha Esa, tapi tidak cantik pada manusia. Suara aku lantang, kuat dan tegas tapi tidak pernah didengar. Mungkin, pendapat aku bukan keutamaan. Semestinya, aku bukan kegemaran.
Menagih simpati bukanlah tujuan post ini dicipta, tetapi aku hanya mahukan keadilan. Kesaksamaan. Aku mahu diiktiraf kewujudan. Jika rupa, personaliti dan kekayaan menjadi ukuran, adakah aku tidak layak berada dalam dunia aku ini, dan mendapat pengiktirafan? Aku juga berusaha, dan aku berhak mendapat pengiktirafan atas usaha aku itu. Ah, bukan pujian setinggi gunung yang aku harapkan. Cuma, janganlah melebihkan sesetengah golongan. Sehingga timbul ketidakpuasan. Jika bertetapan, tidak menjadi hal. Tapi, jika yang jelik mendapat pujian, memang tak diterima akal.
Aku percaya tidak ada salahnya menjadi diri aku sendiri. InsyaAllah, jika bukan sekarang, akan datang akan ada yang menerima aku, penampilan aku, suara aku dan penampilan aku seadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan