semakin lama aku bernafas di atas muka bumi ni, semakin banyak yang aku pelajari, semakin banyak ragam orang yang aku temui dan hadapi, dan semakin banyak ujian yang aku perlu redahi. InsyaAllah juga, dengan segala pengalaman hidup aku ni, dapat menjadikan aku insan yang lebih matang. Hmm.. minggu ni aku banyak meluangkan masa dengan roomate aku, Anne.. dia umpama watak utama dalam blog aku ni..haha.. Dah naik muak aku lalu kl sentral tu, apatah lagi terpaksa berasak-asak dalam tren.. Memang, kesabaran amatlah diperlukan dalam mengatasi situasi kepadatan tren. Pusing satu Kuala Lumpur hujung minggu ni. Aku tak kisah pun, sebab aku merasa puas. Kalau boleh, nak meneroka satu dunia. Nak merasa suasana nyaman di Ireland, menyaksikan perlawanan bila sepak di Anfield, menghirup kopi segar sambil membaca buku di Paris, wowww... Hidup aku memang penuh dengan angan dan impian. Sehinggakan aku pun tak pasti sama ada aku mampu untuk menjadikan semua itu kenyataan.
Terasa juga bila ada yang memberi komen, "berangan je lebih..entah jadi ke tidak.." lagi menyedihkan jika komen itu datangnya dari orang yang rapat dengan kita. Mungkin aku yang terlebih sensitif, atau mungkin pada mereka, impian dan angan aku tak bermakna langsung. Aku cuba persetankan anggapan mereka. Tapi, bukan mudah. Susah nak pura-pura kuat bila dalam hati menangis. Payah nak cuba senyum dan ketawa bila hati terluka. Kenapa? Semua kerana kata-kata. Bukan dari hanya kata-kata. Yang penting, Siapa yang mengatakannya. SIAPA? tepuk hati, tanya diri sendiri.
Setiap perkara, ada permulaan dan penamatnya. Semalam, berakhirnya sebuah perkenalan. Ya, perkenalan. Bukan perhubungan. Belum ke tahap itu pada aku. Kerana, perhubungan akan wujud apabila dua insan manusia telah mengenali satu sama lain. Memang susah nak mengenali aku. Apatah lagi memahami. Dan aku juga tak faham bagaimana sesebuah perkenalan akan menjadi perhubungan dengan hanya ikatan? sungguh menghairankan. Ikatan itukah yang akan menjamin sesuatu perhubungan dan mengukuhkan kepercayaan? Biarpun tanpa perasaan? Bagaimana dengan segala cita-cita, angan dan impian aku? Oh, tidak.. Aku punya Mak, Abah dan keluarga yang perlu aku fikirkan. dan aku perlu menjadi kebanggaan. Jadi, biarlah perkenalan itu tetap menjadi perkenalan. dan bukan perhubungan.
Pelik. Aku tak rasa apa-apa. Sedih ke? Bukan. Bukan. Cuma, kehilangan. Aku dah kehilangan "punching bag" aku. Mungkin akan kembali aktif update blog. Sebagai luahan perasaan. Perlu hadapi kebosanan yang melanda. Perlu mengubah kebiasaan. Perubahan itu memang payah pada aku. Tapi, tak pernah mustahil. Yang mustahil pada aku adalah untuk terima kenyataan bahawa ada kawan aku yang cuba mengelak dari aku. Hello?? kenapa kejam sangat kau ni? tak perlu berselindung kalau ada isu dengan aku. ataupun, lebih senang.. remove aku dari friend list. Supaya aku faham. Tak perlu terhegeh-hegeh ingatkan kau. Ok la, aku dah penat. Nak tidur. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan