CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 5 April 2011

Isnin Yang Kacau..

Monday blues. Itulah yang biasa orang alami bila tibanya hari Isnin. Penamat hujung minggu. Sejak kecil lagi, aku tak berminat sangat dengan Isnin. Jumaat lebih menarik pada pandangan aku. Rasa gembira bila Jumaat tiba. Tapi, bila Ahad menjengah, rasa sedih. Sebab bila Ahad berakhir, Isnin tiba.

Tapi kali ini, Isnin yang tiba memang mengacau hidup aku. Mungkin ini salah aku, lupa nak menyediakan payung. Bila dah nak hujan, barulah sibuk mencari tempat teduh. Bingung. Celaru. Panik. Kerana pada Isnin yang dijanjikan, Tanggal 4 April 2011 aku kena bersedia untuk banyak perkara. Oh, terlupa. Aku mengaku salah sebab terlebih teruja untuk menyelesaikan assignment yang tarikh deadline nya lama lagi. Tapi, itu kerana aku suka subjek itu. Lepas pinjam buku rujukan sains sosial di library, aku terus sibuk membelek-belek, in case apa yang perlu aku selitkan sekali dalam assignment itu tiada. Banyak jugak ilmu pengetahuan yang bertambah. Sampai termimpi-mimpi (dek kerana terlena ). Dalam hati aku bertanya, "alamak. macam mana ni. nak kena present speech. then ada mid term sains sosial. boleh ke hafal dua-dua?" dan aku jawab juga dalam hati, " speech dah practise, tapi macam mana kalau terlupa main point speech? takkan nak biarkan pisang berbuah dua kali..:(

Jadi aku pun berlatih speech. Bukan mudah nak pujuk orang. Paksa orang lagi senang dari pujuk. Apatah lagi aku memang tiada bakat memujuk. Sedang aku sibuk berlatih, hati aku bertanya lagi, "dah ok dah speech, tapi sains sosial macam mana? banyak lagi fakta yang perlu difahami.." aku pun jawab dalam hati, " ala...habis tu macam mana?? pening la macam ni.." Sejurus lepas tu, aku pun stress. Ke sana tak kena. Ke sini tak kena. Tak tahu nak buat apa. Lalu aku pun tidur. Keesokannya....

Di pagi Isnin, 4 April 2011. Jam 6.38 pagi, lecturer English aku hantar mesej mengatakan kelas bermula pukul 9. sepatutnya pukul 8. Ok, ada masa tambahan. Boleh lagi aku berlatih sikit-sikit. Tapi hati aku masih dug dap.dug dap. Nervous. Sangat. Sebab selepas selesai kelas English, ada mid term sains sosial. pagi itu juga (Ah, ini semua salah Bakri classmate aku). Aku mendapat satu idea, lalu memberanikan diri untuk menghantar mesej pada lecturer sains sosial. "Assalam, puan. Boleh tak saya mohon jasa baik puan untuk adakan mid term pada kelas petang? Sebab pagi ini kami perlu present persuasive speech. Takut bercelaru otak." Bila baca balik, macam apa je mesej aku. Nampak terdesak sungguh. Lama aku tunggu. Tak ada mesej yang masuk. Jadi, aku redha dan bersiap-siap ke kelas. Tiba-tiba, aku terdengar lagu ANJELL yang menandakan ada mesej masuk. Senyuman terukir di wajah aku. Sebab, lecturer aku balas, " salam Huda, kebetulan saya tak dapat datang pagi ni, jadi kelas bermula pukul 2. pukul 3.30, mid term". Alhamdulillah. Aku pun dengan gembira berjalan ke kelas English, sampai tak sedar aku hampir melanggar anjing. Nasib baik anjing itu tidur dengan lena. Kalau tak, malu la kena kejar anjing. Haish..

Dalam kelas English, kami semua dah bersiap sedia. Tapi Miss hanya nakkan tiga orang yang present speech pada hari ini. Kami saling berpandangan bila Miss menyuruh orang yang pertama ke hadapan. Aku masih menggigil ni. Tak sudi nak menjadi orang yang pertama. Tapi, aku beranikan diri untuk menjadi orang yang kedua. Oh, memang hati aku bertambah dug.dap.dug.dap. Padahal yang ada dalam kelas tu hanya 10 orang termasuk aku. Aku teruskan juga, cuba memujuk rakan kelasku dan juga Miss untuk menderma organ. Sejujurnya, aku memang dah lama berniat nak derma organ setelah aku tiada di dunia. Mak lah orang yang paling kuat membantah. Pelbagai alasan yang Mak utarakan. Kalah ahli politik, bila Mak berhujah. Mungkin aku patut cuba memujuk Mak dulu. Baru lah bertambah mantap. Mujur, speech aku berjalan lancar. Semoga mereka tergerak hati nak menderma organ.

Usai kelas, aku sibuk membelek nota sains sosial. Bukan mudah subjek ni. Tapi, masa begitu pantas berlalu. Tanpa aku sedari, dah zohor. alaaaaa... Tiba-tiba, bila aku periksa handphone aku, ada missed call dari puan. Jadi, aku telefon puan. Kata puan, kelas seperti biasa dan mid term ditunda. MID TERM TUNDA! woah..Alhamdulillah..

Kesimpulannya, walaupun kita merasakan hari kita itu akan menjadi hari yang membuatkan kita tertekan (tak kisahlah hari apa pun), tapi tanpa kita sedari hari itu akan menjadi hari yang baik. Sebab, Allah kan perancang paling baik dan telah mengatur hari-hari kita dengan baik. Dia kan Maha Mengetahui. Pengajaran yang aku dapat adalah, cuba cari payung dan simpan sebagai persediaan menghadapi hari hujan. Dan, aku akan cuba tak panik, sebab bila aku panik, aku stress, bila aku stress, aku tak ada mood dan aku terus tidur.

4 ulasan:

AinBMA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AinBMA berkata...

Alhamdulillah..Allah xkn menzalimi hambaNya..lega k huda..teruja baca..haha..best2..

miss zee berkata...

i enjoyed myself listening to your speech. siap ada goosebumps2 lagi. should have recorded it. tehheee.

Unknown berkata...

huhu..
ain : thanks.

miss: it's ok.. i recorded it and my mom suka sangat tengok over and over again..katanya, macam pensyarah..hiihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails