CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 5 Mei 2011

OMAGOD!

hari ini, 5 Mei 2010 memang mendebarkan. Kenapa? Kena rewind cerita balik dari hujung minggu lepas. ( Banyak sebenarnya nak cerita, bertimbun-timbun tajuk post yang aku dah fikirkan. Nanti la, balik cuti sem, aku post). Hujung minggu lepas, kan cuti tiga hari berturut-turut sebab Labour Day, kan. Jadi hari selasa baru mula exam. Tapi tak tahu la, memang tak ada mood dan kerajinan nak baca nota. Bahaya kan?? Aku tahu, tapi susah nak lawan tabiat ni. payah nak seka mata dari terpejam. kenapa la aku begitu kejam! pada diri sendiri. Alhamdulillah, housemate aku semua belajar subjek yang sama untuk exam hari pertama. Jadi, kami pun buat discussion, setiap seorang cover satu topik, then explain. Berguna jugak la idea tu, sebab memang aku ingat setiap bait-bait perkataan dalam nota (ceh! berlagak betul! entah betul ke tidak..) Alhamdulillah la..Lepas tu, exam Pengajian Islam. Aku memang tak yakin la dapat hafal bab ekonomi Islam and whatsoever, so aku study balik mid term dengan past year question. Boleh la jawab, hopefully lepas..(tapi dalam hati kata, tolonglah A, tolonglah A..pleaseeeee) Aku pun tak tahu la, kadang-kadang macam nak tampar diri sendiri, eh, tolonglah Huda. Dapatkanlah mood study tu.. Padahal jealous bila orang dapat 4 flat..adoiii..anywayyy, tadi pulak exam Fiqh Islami 1 dengan Sains Sosial. Aku suka gila kot subjek ni. Tapi macam semester lepas, aku minat je Human Comm, tak dapat A pun.. tak ada rezeki kot.. Fiqh pulak, aku beria-ia menghabiskan tajuk yang dah belajar, walhal lebih kurang mid term. Mesti rasa sucks kalau tak dapat A. Malu la dengan Ustaz next semester. Hmmm. Besok, exam Arab dengan English. Ewah-ewah, boleh pulak aku post blog kan, ala biar la. Aku nak study la ni. Anne sedang asyik diulit mimpi. Untungggglahhhhh orang pandai Bahasa Arab.

Ha, lupa nak cerita. Aku tiba-tiba teringat pulak dengan Teacher Mastura, yela bila rasa nak give up tu, teringat kat insan yang selalu bagi dorongan dan kata-kata semangat. Aku mesej dia. Tau tak dia balas apa?
".......Sentiasa mendoakan kesejahteraan Huda and sentiasa percaya you would be somebody one day. Selamat berjaya dalam exam.." So sweet kan? Rasa nak menangis terharu, tau tak. Hmm.. Semoga Kepercayaan mencetuskan keajaiban dan menjadi Kenyataan... :)

P/S : Aku nak study Arab ni. Ustaz bagitau dekat classmates aku suruh tanya aku apa yang masuk exam. Ustaz kata aku tahu. Ea?? Aku tahu?? Entahlah.. Aku buat-buat tahu je...

2 ulasan:

Anne. berkata...

Untunglahhhh die yang pandai arab ckp orang pulakkk. Dahla siap awal. Untunglahhhhhhhhhhhhh :P

Unknown berkata...

untunggglahhh anne byk ilmu nk dicurahkannn... kte hentamm je... :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails