CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 30 Julai 2011

Destination : Rawang

Rawang. My Sweet Hometown.

Assalamualaikum.

Oh Yeah! Selama beberapa minggu (tak ingat exactly) aku tak pulang menjejak kaki ke bumi bertuah tempat aku dibesarkan (perh~ ayat exaggerating), aku akhirnya bagai sirih pulang ke gagang (betul ke?). Rasa puas hati dapat sampai rumah, bak kata orang, "Rumahku Syurgaku"..Anyway, rindu kat Mak and the rest of the family sebenarnya~~. Being away from college this weekend is such a relief!! Actually, that Friday night ada dinner alumni asasi, yang dianjurkan oleh batch-batch asasi yang terdahulu. Kenapa aku tak pergi? Bukan aku tak sudi makan malam bersama mereka, (siapa yang boleh tolak rezeki? apatah lagi makan itu hobi aku..) dan langsung tak berniat untuk tidak menyokong usaha mereka-mereka yang bertungkus-lumus menjayakan makan malam tu..Tapi, pada mulanya sebab utama aku tak menghadirkan diri ialah kewangan. Haish, malu nak mengaku tapi itulah hakikat sebenar bahawa semester ni poket aku sering kekeringan, ketandusan kertas yang bernama wang Ringgit. Ok, mungkin la orang akan kata, "ek eleh...RM18 je...tu pun nak berkira.." wey..RM18 aku boleh buat belanja 3 hari tau tak (itupun kalau berjimat..kalau tak 2 hari je...huhu). Lagipun, aku percaya amnusia itu dianugerahkan akal supaya berfikir SENDIRI. Aku bukan apa, mengukur baju di badan sendiri. Takkan setiap minggu nak telefon Mak, buat ayat sedih.."Duit dah habis... :( "

But then, nak dekat Friday ada yang bermurah hati nak menaja separuh bayaran makan malam tu.. Siapa lagi lecturer yang bermurah hati kan.. So, kena bayar RM8 je.. Tapi, sebab aku memang dah janji dengan family nak balik hari Jumaat, terpaksa lah aku menolak.. Yela, pagi Sabtu tu kalau nak balik, mesti bangun lambat, train pun bukan boleh percaya.. Mak nak ke kubur pagi Sabtu, macam mana? Nak balik malam Jumaat, suruh Adi ambik? Sama jugak letihnya.. So, aku memilih family aku. Lagipun it feels really good bila aku choose to be back home instead of going to the dinner. Mungkin aku HOMESICK :( .

Jumaat petang, walaupun rasa macam nak tidur je, kepenatan tengahari tu, kami (aku dengan Anne) tetap pulang.. Dekat stesen KTM, penuh sesak dengan manusia, lebih-lebih lagi budak kolej aku. Yela, kami cuti Isnin.. Menyambut Ramadhan..huhu~. Berkat strategi baru aku, aku akhirnya dapat tempat duduk dan selamat sampai di Rawang... Oh, sebab aku tak penat berdiri dan hari pun masih awal, aku naik bas je balik (jimat duit pun ye jugak..huhu). Rawang memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas, so yes. Memang banyak kereta di jalan raya Rawang. It's a good news, that means Rawang ada orang. Kalau sunyi, takut pulak la nak balik.huhu.

Terminal Bas Rawang. Masa mula-mula siap. Cantik.

Disebabkan dah lama tak balik, dan kalau balik pun sama ada Adi ambik, atau Yong tunggu kat stesen komuter atau aku selalunya naik teksi (biasalah, pemalas...), aku rasa sungguh janggal jalan bersendirian di tengah Bandar Rawang tu (cewah ayat~). Tapi, memang betul. Rasa lain. Padahal itu adalah pemandangan biasa aku nampak bila balik kerja dulu. Tapi sekarang, takut pun ada. Bukan takut penyangak ke apa, (itu memang patut la kan) tapi aku takut tengok budak remaja zaman sekarang (bajet tua~). Aku tengok, budak-budak dalam lingkungan 13-15 tahun ni selamba je keluar dengan kawan-kawan (lelaki dan perempuan). Mungkin balik tuisyen kot, (sangka baik) tapi perlu ke lepak kat jejantas yang busuk tu? Aku tak faham. Sebab aku lepas SPM, baru aku bebas nak keluar-keluar ni. Itupun tak teringin (bajet baik~). Aku pulak risau macam mana keadaan budak-budak ni (perempuan) nanti. Dalam hati aku, "nasib baik tak ada adik.." Tapi, macam mana kalau anak aku nanti? (tak bermaksud aku nak kahwin sekarang). Ini persoalan yang sangat penting, yang PATUT difikirkan oleh mereka-mereka yang berfikir nak kahwin. Aku bukan la sangat membenci orang yang kahwin di usia muda, tapi kalau mereka yang berkahwin atas dasar nak mengelak maksiat (alasan je..kalau dah gatal, mengaku jela) tapi langsung tak fikir tentang tanggungjawab. Budak-budak tak tahu apa-apa. Tapi, ibubapa yang adakalanya patut dipersalahkan sebab selfish. Anak itu harta. Amanah. Bukan macam benda. Atau haiwan peliharaan. Bukan cukup makan, pakai, tempat tinggal dan sekolah. Tapi kasih sayang dan perhatian. Haish, aku rasa nak lempang je orang-orang yang gunakan nama "perkahwinan" itu atas dasar nafsu. Padahal perkahwinan tu penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Orang-orang macam ni kena belajar Fiqh dengan Ustaz Nushi. Baru dia faham.

Anyway, isi penting yang aku cuba nak sampaikan, ialah AKU PERLUKAN DUIT BIASISWA. Kenapalah sem ni lambat bebenor duit biasiswa nak masuk. Isi kedua, aku SAYANG FAMILY aku, ketiga AKU TAK SUKA LA NAMPAK BUDAK-BUDAK TERBIAR KAT JALAN. Rasa macam Malaysia ni Negara Dunia Ketiga. Padahal membangun. Entahlah, mungkin aku perlukan bangunkan diri aku supaya aku boleh MEMBANGUNKAN minda dan pemikiran mereka-mereka ini. Banyak betul tanggungjawab sebagai manusia ni. Takpe2, aku cuba langsaikan tanggungjawab aku sebagai Muslim, anak dan pelajar dulu. Itupun tak sempurna. InsyaAllah, in the future aku akan cuba laksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

"Duit PENTING untuk aku teruskan hidup,
Tapi aku bukan hidup kerana Duit"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails