walaupun sedih, tetap comel :)
Assalamualaikum.
Hari ni entah kenapa aku rasa sedih. Bukan sebab apa, tapi aku tiba-tiba teringatkan arwah Bakri. Ada orang kata, bila nampak muka aku, teringat arwah. Kenapa? Wallahualam. Mungkin aku comel macam Bakri. Or vice versa. huhu. Anyway, humor yang aku cuba create dalam post ini adalah antara cubaan aku untuk tidak mengalirkan air mata, menangisi pemergian. Kerana aku, dikenali sebagai orang yang cenderung mengikut perasaan. Tapi kadang-kadang, I wish he is still here, around us, he would smile whenever we meet, and even I have a bad mood, his smile would make it better. He's like a younger brother I never had. Aku bukan tak redha atas pemergian dia, aku tahu dia di tempat yang lebih baik. Tapi hari ini, kalau dia ada, aku cuma nak kata............
Baq,
Kau tahu, sem ni sucks giler. Aku masuk kelas tak ada orang yang aku boleh sembang-sembang, bebel-bebel suruh study2, jangan fikir nak kahwin. Tak ada siapa yang aku boleh tanya nak korek info-info hangat, tak ada siapa yang terlintas pun nak tanya, "kau okay ke Huda?" ( o well, maybe Hanif ada la kot. Itupun memang sebab aku marah kat dia. haha) Kau tahu Baq, kalau kau ada, mesti best bercerita pasal budak2 sem 1. Mesti bersemangat nak organise dinner. Perah idea sama-sama. Kau tahu tak Baq, aku paling sedih bila setiap kali present depan kelas. Dulu sebelum present, aku mesti cakap dekat kau, " Baq, kau jangan buat muka ea bila aku present. Aku lempang kau kang." Tapi, kau senyum je, support. Sekarang, setiap kali present, aku dah tak tahu nak pandang siapa Baq. Kau tahu kan, orang lain pun bukan suka tengok muka aku ni.
Baq,
Aku minta maaf kalau kau terasa sebab aku tak pernah post apa-apa kat Wall kau. Aku bukan apa, aku rasa tak layak nak post kat wall kau. Aku rasa aku bukan kawan kau yang baik pada kau. Dan mungkin, pada orang lain jugak. Tapi itu tak bermakna aku lupakan kau, Bakri. Tak ada manusia dalam dunia ni akan dapat melupakan kawan sebaik kau. Hari ni, aku rindukan kau. Aku rindu nak membebel dekat kau, "belajar, baq. belajar..." Aku rindu nak kenakan kau, then kau pun gelak. Bila kau gelak, semua orang pun gelak. Mak aku kata, bila kita teringat kat orang tu, maksudnya orang tu ingat kat kita. Aku tertanya-tanya, kau ingat kat aku tak Baq?
Baq,
Ramai orang kata aku jahat. Macam-macam lagi la, kalau nak list pun penat, (baik aku study English..huhu). Aku cuma terfikir, bila aku dah tak ada di dunia nanti, aku dapat ke jumpa kau? Sebab kau baik, aku........... Anyway, Aku akan doakan kau selalu, baq. Semoga kau berbahagia di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dan aku akan cuba menjadi kuat dan tabah supaya cita-cita aku tercapai. Aku teringin nak jadikan impian kau kenyataan. InsyaAllah Baq.
~AL - FATIHAH~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan