CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 30 September 2011

Impian

Jadi orang suka berangan macam aku, sudah tentu ada banyak impian dan konon-konon cita-cita. Masa sekolah rendah, sumpah aku tak ada cita-cita. Cuma masa umur sepuluh tahun, aku rasa macam nak kalahkan takdir dan jadi saintis, sedangkan aku tak pandai sangat sains, supaya nanti cikgu Sains merangkap cikgu kelas aku tak lagi pandang rendah kat aku dan marah-marah aku lagi. Ya, dalam usia sementah itu, dia ajar aku untuk berdendam. Tapi mungkin dendam aku dah berbalas, sebab aku dapat no.1 dalam kelas masa darjah empat. Dan aku, bukan lagi dalam kelas cikgu tu. Masa aku darjah enam, aku nak sangat jadi Chef. Sebab aku suka makan. Bila aku pandai masak macam-macam, macam-macam boleh aku makan, kan? Pertama kali aku jatuh hati pada lelaki, Michael Owen buat aku rancang strategi, sambung study di Liverpool. Senang nak tengok Michael beraksi, kan? Tapi, secepat mana aku jatuh hati, secepat itu jugak aku patah hati. Michael dah ada pilihan hati. Kesian kan, kecik-kecik dah heart broken. Tapi, sebab love story Michael so sweet, aku redha. Hahahaha. Anyway, result UPSR setakat 4A, aku tak dapat rasa peluang belajar di Sekolah Berasrama macam MRSM atau Sekolah Sains, sebab Sains aku B je. keh keh. Masa tingkatan 1, aku tak rasa seronok belajar sangat, sebab lama aku tak datang sekolah. Mak masuk hospital. Aku datang masa exam je. Nasib baik tak tukar kelas. Masa aku sekolah menengah buat aku terfikir, kalau kita tak special ( cantik, berharta, dan berpengaruh ) kita bukan siapa-siapa. Aku protes dalam hati, aku tak nak orang merendah-rendahkan aku. jadi, aku fikir aku nak jadi Peguam. Supaya aku pakar dalam undang-undang. Dan orang lain tak akan sesuka hati mempermainkan aku. Tapi, takdir tak macam tu. Betapa degil pun hati aku nak jadi peguam, lepas PMR, aku teringin sangat nak dapat tawaran masuk sekolah asrama. Entah kenapa, tapi memang teringin sangat. Bila hari jadi aku yang ke 16 tiba, waktu aku berjalan balik ke rumah, lagi sikit nak sampai rumah aku, aku nampak Mak berdiri di depan pagar dengan sampul surat besar di tangan. Aku macam dah boleh agak apa kandungan sampul surat tu. Ya, surat tawaran Sekolah Teknik KL. Rasa macam itu adalah antara hadiah hari jadi yang terbaik yang pernah aku dapat. Aku pilih untuk pergi. Semua orang tak percaya. Ya, aku tak pernah berjauhan dengan keluarga. Apatah lagi Mak. Tidur semalam di rumah saudara pun buat aku rasa lain. Dan akhirnya, Mak datang tengah-tengah malam untuk jemput aku pulang. Tapi aku nekad. Entah kenapa, aku rasa itu peluang yang tak patut aku sia-siakan. Aku bukan nak jadi engineer, tapi aku cuba belajar benda baru. And you know what, padan dengan muka aku. Hari pertama sekolah, aku dah menangis telefon teacher Mastura, tanya boleh tak undo Sijil Berhenti ni? I wanna go back to SEMEKAR! Pronto! Bila aku call Yong, (sebab takut nanti Mak marah) dia suruh relax, cool dulu. Baru first day of school. Tapi dia tak tahu macam mana aku rasa. Aku ni memang insan yang tak pandai bergaul dan susah nak terima perubahan. Walaupun aku yang nak mengubah situasi. Aku pandang kiri kanan, rasa macam alien. Mungkin aku suffered from Inferiority Complex agaknya. Dalam sehari, entah berapa kali agaknya aku telefon Mak, lepas solat Subuh, sebelum pergi kelas, masa rehat, masa balik, sebelum pergi prep petang, habis prep petang, sebelum pergi surau, sebelum pergi prep malam, sebelum tidur. Perh. Sampai Mak pun fed up. Bila tidur, aku akan pura-pura tidur awal, berselubung dengan selimut. Tapi sebenarnya, dalam selimut, aku menangis semahu-mahunya. Aku tak biasa dengan keadaan ini. Hari Sabtu minggu pertama aku di situ, aku dah balik. Nak kumpul kekuatan. Kalau boleh, aku nak pindah balik SEMEKAR. Tapi, aku yang ambil keputusan tu kan? Bukan orang lain. Kenapa pulak aku nak susahkan keluarga aku lagi?? Jadi, aku stay. Tapi, Mak datang pada hujung minggu supaya aku boleh lepas rindu. Masa awal-awal, Angah selalu datang malam-malam bawak makanan. Sumpah susah aku nak biasakan diri dengan makanan di dewan makan. Masa kat SEMEKAR dulu pun, aku tak pernah makan di kantin masa rehat. Beli biskut Tiger je. Bila makan guna pinggan plastik, aku tertanya-tanya, macam mana pinggan ni dibasuh?? Bila aku nampak pinggan basah dan berminyak, buat aku hilang selera makan. Aku tak biasa. Tapi, lama-lama ok. Sebab terpaksa. Takkan aku nak berlapar dan harapkan keluarga aku kirim makanan lagi. Sudah-sudah lah tu Huda. So, aku embrace LIFE. Prestasi aku kat Sekolah Teknik KL tak sama dengan SEMEKAR. Sebab sekolah tu ramai sungguh budak-budak cerdik pandai. Aku ni sekadar watak tempelan je kat situ. Tapi kat sini, aku diberi peluang naik ke pentas. Bukan, aku tak dapat anugerah cemerlang. Tapi, aku terpilih masuk berlakon sketsa. Best, aku teringat masa latihan di garaj bas. Aku berlatih bawah bas. Ya, bawah bas. Aku masuk, duduk bawah bas untuk berlatih watak aku. Eh, muat la. Serius. Aku tak suka berlatih depan orang, sebab aku kan pemalu.haha. bila  berlatih dalam bilik KBK, (Kelab Bimbingan & Kaunseling) Aku berlatih bawah meja. Bila naik atas pentas, aku rasa ALIVE. yes, Literally. Entahla, aku suka sangat perasaan tu. Bertambah suka bila jadi Juara. Tapi, tewas masa di Vivekananda. Budak SMAKL menang. Takpe, budak tu cute. Hahahaha. Memang menangis gila-gila. Dua tahun dekat TIKL, memang precious. Kem PBSM paling best. Masa form 5, aku ingat macam best je bila dapat bertugas di Stadium Bukit Jalil, jaga MSSM. Sebab tak payah masuk kelas Fizik. Aku tak pandai Fizik. Mengelirukan bagi aku. Siapa yang nak cakap, Fizik tu senang, ikut logik akal, jangan berani nak cakap depan aku. Aku tampar kang. Tapi, bila aku dah ada dalam bas, baru teringat. Cikgu Fizik aku kan cikgu PBSM?? Mesti dia ikut. Alaaaaaa.. Baik duduk dalam kelas. huhuhu. Aku tak menyesal pun pilih masuk sekolah ni. Sebab aku jumpa ramai great people, yang aku percaya, bakal jadi great somebody one day. Dan sekolah ni jugak sedikit sebanyak ubah diri aku. Bila aku form 4, aku mula rasa bertudung tu bukan sekadar kat sekolah je. Bila aku tak bertudung, macam naked. feels weird. Aku selesa macam ni. Mungkin sebab tu jugak aku pilih nak apply KUIS. Dua tahun merajuk, sebab dapat kos yang aku tak minat, dan setelah bermacam-macam kolej aku cuba, aku pilih KUIS. Belajar Asasi di KUIS, adalah antara pengalaman yang aku tak boleh tukar even orang nak tukar dengan aku program Law di UM. Itu cuma Impian, tapi Asasi Komunikasi di KUIS adalah kenyataan. Sumpah aku rindu kat lecturer-lecturer Asasi. Gosip dengan Miss Rini, korek rahsia dari Puan Tini, oh well. Aku kan bakal wartawan.huhu. Soal Ustaz Nushi macam-macam. Tapi memang aku rindu Puan Tini and Miss Rini. They both yang selalu pujuk aku bila aku menangis. Sebenarnya marah. Tapi ternangis jugak. Jealous giler kot kalau both of them rapat dengan orang lain. I mean, student lain.huhu. Hopefully masa degree nanti boleh singgah-singgah Blok Asasi. 

* Now, aku ada lebih banyak Impian. Aku nak jadi orang media yang mengubah dunia, kalau boleh nak jugak ceburi bidang teater, tapi mungkin ada masanya nanti aku akan bersara dan jayakan business catering, De Lazeez. Atau buka kedai buku yang buat aku rasa tenang di dalamnya. Mungkin, berkeluarga jika aku jumpa Mr. Perfect aku, aku nak rasa hidup dalam rumah kecil diatas bukit, dengan rumput yang hijau untuk aku berbaring sambil menikmati hujan, dan yang penting, aku nak jadi diri aku yang GEMBIRA. Sejujurnya.*

p/s : sepuluh tahun akan datang, kita tengok impian yang mana satu akan tercapai ;)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails