Aku tak pernah marah kau.
Kau pun tahu, selama ni aku tak pernah menidakkan kewujudan kau.
Sebaliknya, aku hargai.
Biarpun kau, kadang-kadang tanpa segan mengguris hati. dan perasaan aku.
Aku tak pernah menghukum, apa lagi membenci. Mungkin itu kelemahan aku.
Sehingga kau tak pernah jemu memijak dan menghancurkan hati aku yang sememangnya rapuh ini.
Kau kata kau sahabat, tapi kau tak pernah ada bila aku sendirian mengesat air mata aku.
Kau tak pernah meminjamkan bahu kau ketika aku perlukan tempat untuk bersandar
Kau tak ambil kisah bait kata-kata yang aku luahkan. Kau hanya dengar, tapi tak pernah mendengar.
Kau hanya perlukan aku, sebagai peneman bila kau kesunyian
Aku bagaikan robot yang hanya perlu senyum, ketawa dan mengiakan segala apa yang kau kata.
Senang sungguh kerja aku bukan?
Aku selalu perlu menjaga hati dan perasaan kau, sebab kita kan sahabat, best friends forever bertahun lamanya.
Aku sepatutnya dah boleh faham kau, kau selalu kata.
Tapi,
Kau pernah faham aku sebagai sahabat?
Bila aku senyum, kau tahu sama ada aku ikhlas atau hanya mengukir senyuman supaya kau berasa senang?
Bila aku ketawa, kau tahu tak kadang-kadang hati aku menangis?
Ada masanya, aku nak padamkan kewujudan kau dalam hidup aku.
Tapi, kelemahan aku, aku tak boleh biarkan kau sendirian
Sebab aku tahu, kau bergantung harap pada aku,
Supaya nanti suatu masa, aku akan menjaga kau
Aku sedia, dan sudah tentu sudi
Tapi, alangkah bagusnya kalau kau faham aku
Aku, bukan macam kau.
Aku bukan kebal.
Hati aku rapuh.
Mudah terasa, sangat senang terluka,
Aku nak kau tahu, kadang-kadang aku tak suka buat benda yang aku patut buat
Aku tak suka orang mengatur hidup aku
Aku tak suka orang cuba jadikan aku macam orang lain.
Kenapa kau tak boleh terima aku sebagai aku?
Hinakah aku kerana tidak seperti orang lain?
Tak sempurnakah aku kerana tak memiliki apa yang orang lain ada?
Kau terlalu menghakimi aku. Setiap masa dan ketika.
Kau selalu menilai hidup dengan kebendaan. Walhal kau sendiri tak pernah tenang.
Tak pernah senang. Tak pernah gembira. Menjadi diri sendiri.
Aku tak nak menjadi orang yang kau harapkan itu.
Aku mahu jadi diri aku.
Biarlah aku sendiri, tak berharta dan hidup mewah, tapi aku GEMBIRA. Dengan diri aku.
Menjadi diri aku.
Biarlah aku buat apa yang aku suka.
Sebab hanya dengan itu, aku boleh jadi gembira.
.................................................................
Jumaat, 30 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan