CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 3 September 2011

My Sweet Adorable Dream Guys.




Assalamualaikum.


Dah masuk raya keempat. Aku tak ada la beraya sakan tahun ni, cuma makan je banyak.haha. Biasalah, dah balik kolej nanti tak dapat makan macam-macam. Anyway, aku cuma tak boleh tidur. Kenapa? Sebab dua jejaka ni yang buat aku stay up all night tengok drama mereka. Okay, aku tak bangga menulis ayat sebelum ni. Kalau stay up study ke, mengaji ke, kan Mak aku lagi bangga. Haisshh.. Eh kejap. Bukan depa berlakon dalam satu drama, tapi aku sambil2 tengok dua drama. Biasalah, tamak. haha.

Bila aku tengok jejaka berdua ni, memang tak sama macam aku tengok Michael Owen. Sebab aku jarang tengok Michael berakap. Dia kan pemain bola, main bola jela yang aku nampak. Lama-lama bosan (ayat cover padahal dia dah jadi bapak orang). Lain daripada jejaka Korea yang agak comel2, tapi pada aku Hyun Bin dan Jang Geun Seuk memang Manly. Sangat. Tapi gentleman. Awww..so sweet.. By the way, dah lima kali aku tengok Secret Garden, aku tetap menangis tengok Hyun Bin nangis. Dan dalam hati aku berkata (cewah), "tolonglah ada lelaki macam ni ditakdirkan untuk aku". haha. O well, aku kan naif. hehe. Jang Geun Seuk pun apa kurangnya. Dia selalu mainkan watak yang ego, keras kepala (macam aku) tapi so sweet (macam aku jugak).

Walaupun dah hidup dalam dunia selama hampir 22 tahun, (ye, aku tahu..aku memang nampak muda..haha) tapi aku tak pernah terfikir nak really get into serious relationship. Aku tak faham bila orang kata umur dah 20an, you should be finding someone that you might spend your whole life with. I mean, why we should be pressuring ourselves to be involve with someone just because the people around you said so. Mungkin media jugak yang salah. Selalu diketengahkan cerita bahawa when a guy meets a girl then it should be all lovey dovey. Eww. When a girl text her guy friend, then the girl will be accused of having feelings toward that guy. So 1960's. lame! Tapi, aku kadang-kadang tak faham apa hal kalau perempuan tu dengan kawan perempuan kasar yang amat, kalau dengan jantan, lembut gigi dari lidah. But that's a different story.

Aku cuma nak emphasize kan bab2 jodoh ni kan dah ditakdirkan. Tak payah susah-susah throw ourselves (pada perempuan) atau lower your standard ataupun ubah prinsip hidup kita untuk orang lain terima kita. If that person really love you, he would love no matter what others might think of you. So, lantak lah orang nak kata aku anti social ke, lesbian ke, atau cerewet sangat and dreamer sebab believe that my perfect guy exists. Ala, biasalah. Manusia penuh dengan hasad dengki. Kucing aku relax je. tak pernah dengki pun.

My perfect guy yang macam mana? Lelaki yang lelaki pada pandangan aku. Lelaki yang betul-betul lelaki pada aku adalah orang yang berpegang pada agama, sederhana, penyabar, penyayang, memahami dan aku je yang tahu lelaki tu perfect ke tak. Who cares orang nak kata apa.


- I'm in Love-

2 ulasan:

miss zee berkata...

gila jiwang ayat last tuh yang in love in love tu haha.

ala cuma jauhari mengenal manikam. if you know what i mean :p

and btw, i would be happy to be single. but being not available now is a blessing as i think i've found the right guy *ehem coughing*

hahaha. well, his imperfection is perfect for the imperfect me cewaaah.

Unknown berkata...

haha. memang best pun single. rasa sweet.huhu. tapi untunglah miss found mr right. sooo sweet.. hihi

btw, ayat last tu bermaksud i'm in love with Hyun Bin and Jang Geun Seuk...tapi klau dapat Spectacle Guy pn dh best.. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails