CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 22 Oktober 2011

Ego. and. Differentiate.

nak buat macam mana ea?
Assalamualaikum.


    Bila dapat tahu ada yang tak lepas ke degree dan ada jugak yang kena bayar balik duit biasiswa, buat aku lebih muhasabah diri. Fokus. Sebab kadang-kadang aku ni terpesong fikiran (bukan akidah). Semua benda nak buat dalam masa yang sama. Aku tak ada hak la nak larang sesiapa dari ada boyfriend ke girlfriend ke, yang penting pandai bezakan antara profesionalisme dengan emosi. Aku pun jenis yang ikut emosi. Pernah tak nak datang kelas sebab budak paling annoying dalam dunia ada dalam kelas tu. Tapi, sampai bila kita nak biarkan orang lain mengawal diri dan hidup kita. Aku lawan jugak perasaan tu. Sebab aku nak berjaya. Kalau aku tak datang kelas, kena bar pulak. Dah leceh.



Sama la dengan bercintan cintun ni. Orang yang belum matang dan dewasa memang mengikutkan perasaan dan adakalanya,kawan-kawan. Berapa orang yang sebelum ni tak pernah ada kapel, (mungkin sebab family kawal) bila dah masuk sekolah asrama atau kolej, jauh dari keluarga terjebak dengan gejala kapel ni. Kawan lelaki aku pernah cerita kat aku, salah satu sebab dia nak sambung belajar, adalah nak cari pasangan. Jawapan What The Hell betul. Nak aje aku tampar dia on behalf of parents dia. Tapi, dia lelaki. Bukan muhrim. Tak jadi nak tampar. Aku bukan apa, pantang betul orang fikir masuk IPT boleh cari jodoh. Dia tak tahu ke IPT tu (Institut Pengajian Tinggi). Tempat belajar dan timba pengalaman. It's fun kalau kau cerita pengalaman kat IPT bangun tidur lambat, tak sedar ada kelas, lambat siap assignment and whatsoever. Biasalah kan, tapi kalau cerita kau dating, macam tak best je. Hal personal simpan sendiri la kan. 


Kadang-kadang, kalau nasihat lebih-lebih pun budak-budak yang lahir selepas aku ni ( yang lebih muda sikit ) nanti dia orang kata menyibuk, dengki lettewww, dan macam-macam lagi. Perh. Aku bukan menyibuk hal kau, tapi kalau hal kau tu dah effect pelajaran or to be specific, groupwork, tu dah jadi hal aku la kan. Jangan sampai penampar kena kat muka kau. By the way, aku tak dengki pun. Kalau nak kata orang yang ada kapel adalah orang lawa, cantik dan hot stuff, aku tak nak jadi lawa, cantik dan hot stuff pun. Sebab aku memang cool. Yang penting,aku tak nak jadi murah. Nasihat aku, kalau nak ada kapel sepuluh orang pun, kalau kau guna pakai dua tips ni, serius aku rasa pointer tak akan drop. Dan lecturer tak akan bengang. Ego dan Differentiate. 

Apa tu Ego and Differentiate?

Lek la. Ni bukan formula addmath pun. Maksudnya kau jadi ego dan selfish sikit itupun kalau sayangkan masa depan. Orang yang dah mabuk bercinta ni selalu rasa kehidupan dia macam cerita dongeng, end up being happily ever after. Sadly, tak ramai yang macam tu. At least, bila kau dah tak kapel dengan orang tu, kau masih ada masa depan yang kukuh. Sedangkan orang yang berpuluh tahun kahwin pun boleh bercerai, apatah lagi baru kapel sebulan dua. Ego sikit, bila ada assignment atau kerja yang perlu disiapkan, baik siapkan dulu. Kalau ada kelas pagi, baik tidur jela malam tu dari tahan mata berjaga. Tak guna jugak kalau datang kelas tapi kepala lentok je kan...


Bezakan masa untuk gunakan otak. Sepatutnya 100% la kat study, tapi kalau nak leisure apa salahnya kan. Paling penting, fokus dalam kelas. Kadang-kadang classmate pun menyampah bila phone tak reti nak silent bila dalam kelas. Menganggu orang tahu tak.

Ini lah antara tips yang aku boleh bagi selepas aku fed up baca status budak ni yang asyik keluar kat home fb aku. She should just get married. Tu je yang aku nak cakap.


* adoi..pening kepala aku bila ada orang tanya soal tu..*



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails