CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 20 Oktober 2011

Segalanya dah terjawab.........

setenang air laut perasaan aku. kahkah.

Assalamualaikum.

     Hari ni rasa lega sikit. Sebab ada benda yang buat aku tertanya-tanya, dan bila semuanya dah ada jawapan, aku rasa lega. Bukan nak kata aku rasa bagus selepas tahu jawapan tu, tapi lega. Sebelum ni memang nak tahu sangat, hari ni dah tahu, lega.

    Bila dah dapat surat tawaran ni, banyak benda yang aku nak fikirkan. Bukan terpaksa, tapi NAK fikir. Sebab masa belajar Fiqh Islami, sepatutnya bila dah baligh, bukan dosa je yang kita perlu tanggung sendiri, makan minum dan sara diri pun sepatutnya sendiri. Bukan tanggungjawab mak ayah lagi dah. Since aku ni bukanlah berduit nak sara diri sendiri, tapi at least berusaha la jugak nak ringankan beban parents. Paling penting, nak uruskan hal-hal ni sendiri. Umur pun dah banyak, jadi kena sedar diri dan cuba bertindak ikut umur la kan walaupun aku comel. hehe.

    Arghh, since MARA tak biaya course yang aku ambik untuk degree ni, jadi aku kena cari option lain. Paling penting kena buat benda yang mustahil bagi aku. Menyimpan, menabung serta berjimat so that umur aku 30 nanti aku tak ada la banyak sangat hutang. Hidup bila berhutang, memang tak aman dan best.

*bahaya bagitau orang no ic kita..*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails